Ford Ranger XL Street Special Edition - 300 unit sahaja, harga dari RM87,572 di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran negara jiran, Ford Thailand baru-baru ini melancarkan sebuah model edisi khas yang dinamakan sebagai Ford Ranger XL Street Special Edition dengan produksi dihadkan sebanyak 300 unit sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Ford menggunakan varian Ranger XL Street sebagai asas, di mana ia secara standard datang dengan suspensi yang direndahkan.

 


Untuk model Ranger XL Street Special Edition, ia didatangkan dengan enjin 2.2 liter diesel turbo menghasilkan 160 hp dan 385 Nm yang memacu roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan.

Dari segi luaran, Ford memakaikan kit badan yang merangkumi penambahan bampar hadapan dan belakang, spoiler tailgate, serta skirt sisi sebelum ruang arca roda dihiasi rim hitam bersaiz 16 inci, diikuti dengan pelindung cermin sisi hitam dan pemegang pintu berwarna serupa.

 


Menyerlahkan lagi penampilan trak pikap Ranger ini adalah pakej grafik yang menonjol pada bahagian hadapan, hud enjin, bumbung, serta bahagian sisi trak.

Ruang kabin Ranger XL Street Special Edition ini turut mendapat kelengkapan seperti skrin infotainmen bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio enam pembesar suara, serta dua beg udara.

Harga jualan bermula dari THB682,000 (RM87,572) dan hanya 300 unit sahaja yang akan dihasilkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Wanita tersebut membeli kereta dengan wang pendahuluan sebanyak 1.48 juta baht (RM180,650) pada…
Berita Global
Dari segi luaran, ia membawakan rupa paras seakan Ford Maverick dengan unit lampu utama berbentuk C…