Wanita rosakkan Ford Everest berharga RM180,650 kerana selisih faham dengan Ford Thailand

oleh Penyumbang Rencana|
Laporan dari laman Thaiger mendakwa seorang wanita di Thailand bertindak nekad merosakkan kereta jenama Ford Everest miliknya dengan dakwaan bahawa beliau mahukan keadilan, dan bukannya perhatian.


Runghathai, 42, bertindak memanjat bonet dan memecahkan cermin hadapan kereta itu kerana menghadapi perselisihan faham yang berterusan dengan syarikat Ford Thailand sejak Mac lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Wanita tersebut membeli kereta dengan wang pendahuluan sebanyak 1.48 juta baht (RM180,650) pada 2 Februari lalu. Selepas hanya 30 hari memandu sejauh 938 kilometer, keadaan kereta itu mula mengalami beberapa kerosakkan.


Pada 4 Mac lalu, Runghathai membawa keretanya ke pusat servis Ford. Menurut mekanik, masalah tidak dapat diselesaikan tanpa mengeluarkan sistem pembersih udara yang dipasang olehnya.

 

Sementara itu, Ford Thailand telah menyalahkan Ranghathai atas masalah kereta itu. Ford berkata bahawa wanita itu memasang pembersih udara, yang merupakan aksesori tambahan (bukan dibeli dari pusat pengedar) dan  menjejaskan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).


Pusat servis itu mengatur janji temu untuk ‘pembaikan menyeluruh’ bermula pukul 11 pagi hingga 6.45 petang (waktu tempatan) pada 9 Mac lalu. Bagaimanapun, Runghathai tidak boleh pulang tanpa kereta.


Pada keesokan harinya, dia mengunjungi pejabat Lembaga Perlindungan Pengguna cawangan bandar Nakhon Ratchasima dan meminta diberikan kereta baharu model sama atau bayaran balik. 


Lembaga itu mengatur untuk menganjurkan mesyuarat dengan pihak Ford bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun Runghathai perlu menunggu sehingga 25 Julai. 


Disebabkan tiada penyelesaian yang dicapai pada 25 Julai, satu lagi temu janji telah diatur pada 22 September. Namun pada September, Ford memberitahu bahawa Ranghathai tidak boleh memiliki kereta baharu tetapi kereta sedia ada boleh dibaiki.


Wanita berkenaan terkejut dan kecewa apabila penasihat undang-undang menuduhnya merampas kunci daripada mekanik semasa mekanik tersebut belum selesai memperbaiki kereta dan tindakan itu menjadi kesalahannya.


Berang dengan kenyataan tersebut, Ranghathai bertindak memecahkan keretanya. Beliau berharap tindakan itu akan dihebohkan dan menjadi viral supaya dapat  meyakinkan Ford Thailand untuk menggantikan beliau dengan kereta baharu. 

 

 

 

Thaiger

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lokasi tersebut dipilih khusus untuk menyerlahkan keupayaan model itu mengharungi laluan mencabar…
Pelancaran
Ia menggabungkan kemampuan pengembaraan dengan keselesaan yang optimum, selain spesifikasi yang…
Berita Global
Tidak seperti model Ranger, Ford Everest 2023 hanya akan ditawarkan dengan penawaran enjin diesel…