Ford Ranger kekal sebagai peneraju segmen trak pikap bagi suku pertama 2019

oleh SALINA JALIL|
Ford Ranger, peneraju segmen trak pikap mengekalkan popularitinya di Malaysia bagi suku pertama tahun 2019 dengan lonjakan pegangan saham bagi segmennya sehingga 20.1 peratus iaitu peningkatan sebanyak 4.8 peratus berbanding suku tahun pertama tahun lalu.

“‘Built Ford Tough’ Ranger sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan segmen trak pikap dari segi kemampuan, versatiliti, rekabentuk hebat dan keselesaan,” kata Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Pasifik, Ford Motor Company.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah dan boleh didapati di dalam sembilan varian ini begitu diminati ramai kerana ia sebuah kenderaan yang melengkapi segala keperluan tugas dan cara hidup. Ford Ranger sememangnya memenuhi kehendak pelanggan dari pelbagai segmen - dari Ranger Raptor premium yang berharga RM199,888 sehinggalah model asas termurah di pasaran, Ranger XL yang berharga RM103,888.

 

 

Ini ditambah lagi dengan kelengkapan keselamatan pintar yang pertama dan yang tunggal di dalam segmennya, trak pikap Ranger menawarkan lebih dari apa yang ada pada kereta penumpang sendiri.

 

 

“Kami sangat teruja dengan permintaan yang begitu kukuh terhadap barisan Ford Ranger yang baharu ini, terutama sekali sambutan terhadap Ranger Raptor yang mempelopori segmen baharu untuk kategori trak pikap – trak premium berprestasi tinggi” kata Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

 

 

 

 

 

Ranger terus mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia sejak 2012, termasuk yang terbaharu anugerah Trak Pikap Terbaik dari Malaysia Car of the Year 2018 (COTY) dan juga dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards 2018 (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik untuk Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, dan terpilih sebagai Pikap Trak Terbaik 2018 oleh TopGear Chinese Editor’s Choice.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…