SDAC bawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu ke Sabah, beri peluang untuk pandu uji off-road

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan membawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Generasi Baharu dalam acara khusus di Sabah dari 21-23 Julai 2023.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sepanjang acara itu, pengunjung berpeluang untuk memandu uji Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu dalam laluan off-road yang disediakan khas.

Pengunjung turut berpeluang untuk merasai sendiri pelbagai mod pemanduan termasuk mod Baja dan lain-lain latihan 4x4 serta laluan off-road mencabar.

 

2

 

Kemuncak aktiviti lain termasuklah pandu uji SUV tujuh tempat-duduk premium Everest Titanium baharu, Ranger WildTrak dan XLT Plus, serta barangan merchandise gaya hidup eksklusif Ford.

Pelanggan yang menempah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu juga akan menerima kemeja-T rekaan khas Raptor 2.0L Diesel berinspirasi Baja 1000.

Sebagai tambahan, walaupun tempahan awal sudah penuh, bermula sekarang hingga 31 Ogos nanti, mereka masih boleh menikmati tawaran diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways langsung ketika serahan kenderaan.

Pelanggan yang menempah model Generasi Baharu lain di acara berkenaan juga akan menerima kerusi khemah biru muda jenama Ford Ranger Getaways serta-merta.

 

3

 

Sementara itu, mereka yang menempah Ford Ranger Getaways juga akan pulang dengan tumbler logam Getaways yang menarik.

Turut bertempat di Kompleks Likas di Kota Kinabalu pada 23 Julai, para pemilik trak pikap Ford Ranger atau Ford Ranger Raptor di Sabah dijemput untuk menyertai program Ranger Training Experience.

Sesi latihan berkenaan akan diadakan di laluan khusus dan mereka yang berminat untuk menonton peserta mengharungi cabaran off-road di permukaan yang berbeza boleh berbuat demikian antara jam 11 pagi hingga 1 tengahari pada 23 Julai.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Kempen Raya tersebut akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023, dimana ia tersedia untuk…