SDAC bawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel ke dua lokasi baharu untuk dikunjungi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan membawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo baharu ke dua lokasi dalam jelajah pada bulan Ogos dan September ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium) di Pulau Pinang dari 16 hingga 20 Ogos.

Diikuti oleh lokasi seterusnya di Setia City Mall di Shah Alam, Selangor dari 20 hingga 24 September 2023.

 

2

 

Khas untuk pelanggan di pameran Ford Experience Hub, SDAC menawarkan beberapa tawaran menarik seperti:

  • Sehelai T-shirt edisi istimewa yang berinspirasikan Baja 1000 untuk pelanggan yang menempah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel
  • Beg duffle percuma untuk pelanggan yang menempah Ranger generasi baharu
  • Kerusi perkhemahan premium untuk pelanggan yang menempah Everest generasi baharu
  • Hadiah cawan keluli untuk pemilik Ranger yang membuat tempahan Ford Ranger Getaways

Sah sehingga 30 Ogos ini, pelanggan yang membuat tempahan bagi model Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel di pameran itu akan menerima RM500 untuk Ford Ranger Getaways.

Untuk maklumat terkini mengenai jadual dan lokasi jelajah pameran Ford Experience Hub di seluruh negara, layari laman web Ford Experience Hub.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…
Berita Domestik
Kempen Raya tersebut akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023, dimana ia tersedia untuk…