Ford Puma - daripada sports coupe kepada crossover coupe

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bukanlah kali pertama pengeluar membangkitkan nama yang sebelum ini dikhususkan buat kereta sports kepada nama untuk sebuah crossover.

Mitsubishi sebagai contoh, menggunakan kembali nama Eclipse yang lebih sinonim dalam cerita Fast & Furious untuk crossover baharu, Eclipse Cross. 

Dan Ford juga nampaknya tidak mahu ketinggalan menggunakan semula nama Puma pada sebuah crossover coupe segmen B. 
 


Crossover yang besar sedikit daripada Ford Fiesta hatchback ini dikuasakan oleh dua pilihan enjin tiga silinder 1.0 liter EcoBoost yang dipadankan dengan motor elektrik. 

Varian asas hadir dengan kuasa 123 hp manakala varian premium pula tampil dengan versi yang lebih berkuasa 152 hp. 

 


Kedua-dua versi ini digandingkan dengan transmisi automati.. err maaf, transmisi manual dengan enam nisbah kelajuan. 

Tidak pula dinyatakan adakah Ford Puma akan hadir dengan transmisi automatik pada masa akan datang.

 


Walaupun kecil, Ford Puma tetap lengkap dengan kelengkapan keselamatan terkini seperti Bantuan Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Brek Kecemasan, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Kawalan Kestabilan Elektronik, Bantuan Parkir Semi-Autonomi, dan Bantuan Stereng Kecemasan. 

Ruang kabin pula menampilkan skrin paparan digital kluster bersaiz 12.3 inci yang boleh ditukarkan paparan antara muka mengikut kehendak peribadi. 
 


Manakala sistem hiburan di bahagian tengah pula didatangkan dengan sistem bunyi B&O 10 pembesar suara, ciri Ford SYNC 3 dan sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. 

Crossover yang comel ini akan dipamerkan secara rasmi pada acara Frankurt Auto Show September nanti. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin 1.0 liter EcoBoost Hybrid 48 volt mild hybrid bukan baharu dan ditawarkan sejak Puma…
Berita Global
  Menghangatkan lagi persaingan adalah pengenalan M-Sport Ford Puma Rally1 dan bermulanya sejarah…