FORD MALAYSIA, YAYASAN KEAMANAN GLOBAL TERUS BANTU ORANG ASLI

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar Ford di Malaysia telah mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk memberdaya masyarakat Orang Asli melalui kerjasama kali kedua dengan Yayasan Keamanan Global (Global Peace Foundation) Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, usaha bersama itu memberi tumpuan terhadap menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di empat perkampungan Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang.

 

ford

 

Program OA-Eco Farm merupakan usaha penanamaan makanan yang bertujuan meningkatkan sara diri serta meraih pendapatan mapan dalam kalangan keluarga Orang Asli.

Program tersebut turut menyediakan latihan praktikal, serta subsidi terhadap perkakas dan juga benih.

Usaha itu disokong oleh sumbangan dana sebanyak US$10,000 (RM45,745) daripada dana Ford Motor Company Fund yang merupakan sebuah badan kebajikan bagi Ford Motor Company.

Program tersebut telah disertai seramai 22 sukarelawan dari SDAC menyertai usaha bersama dengan pasukan GPF untuk melawat tiga perkampungan terlibat pada 9 Mac.

Turut dibawa bersama mereka ialah sumbangan benih, kelengkapan penanaman, peralatan dapur serta kesungguhan dan tenaga untuk turut membantu.

 

ford

 

Sukarelawan juga bekerja rapat dengan penduduk-penduduk di salah sebuah kampung untuk memasang kelengkapan panel solar untuk sistem pemagaran.

Mereka juga terlibat dalam kerja-kerja pemugaran tanah, memotong rumput dan membangunkan batas sebelum proses pembenihan.

Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair berkata “Misi mereka selari dengan komitmen SDAC ke arah pembangunan masyarakat dan warga korporat.

Kami amat berbangga untuk meneruskan kerjasama bagi membawakan kesan yang lebih besar ke atas kehidupan komuniti Orang Asli,”katanya.

 

ford

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global, Dr Teh Su Thye turut berkongsi “Covid-19 telah membawa bersama ancaman terhadap sekuriti makanan yang dihadapi oleh populasi Orang Asli.

“Penebangan hutan dan pencerobohan tanah telah memburukkan lagi keadaan mereka, sehingga mengakibatkan kesan pengurangan nutrisi terhadap anak-anak mereka.”katanya

Beliau turut berkata sekuriti makanan sangat penting untuk membangunkan daya tahan setiap masyarakat orang Asli disitu.

Cabaran utama penanaman makanan dalam golongan ini adalah sumber yang terhad untuk membeli benih, kelengkapan pembenihan dan perkebunan, serta cabaran alam sekitar seperti cuaca kering dan tanah kering dan keras.

 

ford

 

Dikenali kerana kesungguhan untuk menyokong komuniti masyarakat yang rentan dengan cara memupuk keupayaan daya tahan mereka, GPF melancarkan program OA-Eco Farm untuk mengatasi masalah ini.

Usaha berkenaan tidak hanya mempertingkatkan kehidupan golongan Orang Asli tetapi turut mempromosi amalan mapan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program berkenaan menerapkan kaedah penanaman yang menyeluruh dikenali sebagai Syntropic Farming yang menghidupkan semula eko-sistem serta membugarkan tanah bagi memastikan sekuriti makanan.

 

ford

 

Selain latihan, tunjuk ajar dan subsidi, yayasan ini telah mewujudkan pasar dalam talian untuk pekebun Orang Asli supaya menjana lebih banyak pendapatan daripada tanaman mereka.

Menerusi laman sesawang GPF, pasar dalam talian berkenaan, yang dipanggil Kebun Amai menampilkan pelbagai buah-buahan dan sayuran segar serta produk-produk berkaitan lainnya.

Sejak pengenalannya, GPF telah bekerjasama dengan lebih 70 perkampungan untuk menyediakan capaian kepada air bersih, tenaga, kehidupan mapan serta pendidikan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…
Berita Domestik
Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Ranger Training Experience merupakan sesi berpandu…