Ford Malaysia catat jualan Ranger dan Everest tertinggi dijual pada 2023

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford), pengedar tunggal Ford di Malaysia, memasuki tahun baharu dengan pencapaian yang membuktikan prestasi jenama pada 2023 dan kukuh dalam industri automotif negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest dijual, ia mencerminkan kepercayaan pengguna Malaysia.

Sejak dilancarkan, Ford Ranger Generasi Baharu ternyata popular dan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Malaysia kerana prestasi dan kualiti luar biasanya.

 

ford

 

Model Ranger Raptor Generasi Baharu enjin Petrol 3.0L menawarkan enjin berkuasa V6 Twin Turbo dengan tork 397 PS dan 583 Nm, membawakan pengalaman memandu yang luar biasa.

Sementara itu, model Ranger Platinum Generasi Baharu yang baru dilancarkan pada bulan November 2023, dilengkapi dengan ciri-ciri kecanggihan yang menjanjikan keselesaan, mewah dan teknologi pintar.

 

ford

 

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan syarikat ialah perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford.

Menjelang akhir sesi dua 2024, kemudahan pusat 3S Ford yang mencontohi Ford Signature Corporate Identity dan menyediakan enam belas ruang servis dan empat ruang pameran kenderaan akan dibuka.

SDAC-Ford turut dalam langkah strategik untuk mengambil kesempatan daripada pasaran pikap yang berkembang pesat di Malaysia Timur.

 

ford

 

Syarikat telah melancarkan dua pusat pengedar utama di Sabah iaitu Ford Kota Kinabalu (Inanam), Boston Auto Dealership; dan Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation.

SDAC-Ford juga telah membuka Ford Kota Samarahan, pusat pengedar Jimisar Aruna yang terletak di UniVista Commercial Centre, Jalan UniVista Off Jalan Express Way di Kuching, Sarawak.

Kini terdapat sejumlah sembilan pengedar Ford di sana dan tiga puluh lapan pengedar di seluruh negara.

Kehebatan kenderaan Ford mendapat pengiktirafan lanjut dengan kemenangan pelbagai anugerah yang diterima pada 2023.

 

ford

Ranger WildTrak Generasi Baharu telah memenangi anugerah berprestij Kereta Terbaik Malaysia 2023 bagi kategori Trak Terbaik dan Ranger Raptor 3.0L V6 Twin Turbo Generasi Baharu yang mendapat Sebutan Khas.

Selain itu, Ford Ranger dipilih untuk Anugerah Pilihan Rakyat Carlist.my bagi Trak Pikap Terbaik 2023, manakala Ranger WildTrak Generasi Baharu telah dipilih sebagai ‘Trak Pikap Terbaik’ oleh Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my (VOTY) 2023.

 

ford

 

Ford Ranger Generasi Baharu juga telah menerima Anugerah Pilihan Editor CarPlus bagi kategori Trak Pikap Terbaik bagi 2022-2023.

 

ford

 

Pengarah Urusan, SDAC-Ford, Turse Zuhair, berkata “Anugerah-anugerah ini sesungguhnya mencerminkan komitmen Ford kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pelanggan.

“Kami memang bertekad untuk terus menjangkaui sempadan dan mengatasi jangkaan.”katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, usaha bersama itu memberi tumpuan terhadap menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…
Berita Domestik
Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Ranger Training Experience merupakan sesi berpandu…