Ford anjur Ranger Training Experience di Sabah, 23 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik trak pikap Ford Ranger atau Ford Ranger Raptor di Sabah dijemput untuk menyertai program Ranger Training Experience yang akan berlangsung pada 23 Julai ini, bertempat di Likas Complex Area, Kota Kinabalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Ranger Training Experience merupakan sesi berpandu yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam menguasai jalan kerikil dan off-road.
 

RR


Acara ini dianjurkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sebagai sebahagian daripada program Ford Ranger Getaways, bertujuan untuk menyediakan satu cara menarik kepada para pemilik belajar dan meneroka keupayaan sebenar Ranger/Ranger Raptor masing-masing.

Antara yang bakal diajar termasuklah teknik kawalan stereng, skill memandu 4x4 merentasi rintangan dan halangan yang disediakan, serta teknik pemanduan drift berkelajuan tinggi.
 

Ranger


Pada penghujung sesi, para peserta akan diberikan sijil sebagai bukti penyertaan.

Tempahan dan pembayaran untuk Ranger Training Experience boleh dibuat menerusi platform Ford Ranger Getaways di laman web SDAC-Ford Malaysia.
 

ranger


Pemilik Ford Ranger generasi baharu yang masih lagi belum menebus diskaun 30 peratus Ford Ranger Getaways boeh menggunakan kad keistimewaan Inner Circle mereka untuk menyertai latihan off-road ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, usaha bersama itu memberi tumpuan terhadap menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…