Ford F-150 jadi genset untuk kenduri kahwin ketika blackout!

oleh Mohamad Hanif|
Bak kata pepatah yang terkenal, kita hanya merancang, namun Tuhan yang lebih menentukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Begitulah yang terjadi di majlis perkahwinan yang diadakan di Farmington Hills, di mana bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba dan menyebabkan para jemputan terpaksa makan dalam keadaan bergelap.

Mujur ada diantara jemputan itu merupakan pekerja Ford yang secara kebetulan membawa sebuah Ford F-150 EcoBoost yang dilengkapi dengan opsyen Pro Power Onboard, di mana mereka menggunakan outlet kuasa untuk menerangi seketika majlis kenduri tersebut.
 

F-150

 

Pakej opsyen Pro Power Onboard ini membolehkan trak pikap F-150 yang popular itu bertindak sebagai generator yang mampu menyalurkan kuasa menerusi outlet yang terdapat pada bed belakang.

Pada model F-150 konvensional, ia mampu menawarkan kuasa setinggi 2.0 kW manakala pada model F-150 Lightning, ia menawarkan kuasa 2.4 kW atau setinggi 7.2 kW.

 


Hal itu kemudian disedari oleh CEO Ford sendiri, Jim Farley di mana beliau sendiri mempromosikan F-150 dengan memuatnaik rakaman yang diperoleh daripada majlis kenduri yang dihadiri oleh pekerjanya menerusi akaun Twitter beliau.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, kesemua model F-150 2021 (kecuali model asas dengan enjin V6) boleh ditempah dengan ciri generator 2 kW, sementara model hibrid PowerBoos pula didatangkan standard dengan generator 2.4 kW dan boleh dinaiktaraf kepada unit 7.2 kW.
 

F-150


Menurut Ford, unit ini dikatakan mampu untuk menyalurkan kuasa kepada 28 unit peti sejuk, dan dengan satu tangki minyak yang penuh, ia mampu beroperasi sehingga 32 jam dengan kapasiti maksimum.

Sementara unit 2.4 kW pula boleh menyalurkan kuasa kepada beberapa perkakas elektrik sahaja, dan mampu bertahan sehingga 85 jam.

Keupayaan sebenar trak pikap ini dibuktikan menerusi keadaan cuaca bersalji yang melanda Texas awal tahun lalu, di mana Ford mengarahkan para pengedarnya untuk meminjamkan seketika  Ford F-150 PowerBoost 2021 untuk dijadikan sebagai genset bagi membantu rakyat tempatan dan perniagaan yang terjejas.

Baca: Ford F-150 jadi genset di Texas

Baca: Ford F-150 Lightning 2022

Baca: Ford F-150 Lightning Pro 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…