Trak Ford F-150 jadi genset di Texas!

oleh Mohamad Hanif|
Ribut salji yang melanda Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengorbankan 38 nyawa, dan jutaan rakyat Texas terpaksa berhadapan dengan situasi ketiadaan bekalan elektrik.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Melihatkan kepada keadaan itu, Ford telah mengarahkan para pengedarnya di sana untuk meminjamkan seketika Ford F-150 PowerBoost 2021 untuk dijadikan sebagai genset bagi membantu rakyat tempatan dan perniagaan yang terjejas.

Malah, Ford juga turut meningkatkan yuran pinjaman yang dibayar kepada pengedar kepada $600 (RM2,423) bagi menggalakkan lagi para pengedar meminjamkan trak tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Kesemua model F-150 2021 (kecuali model asas dengan enjin V6) boleh ditempah dengan ciri generator 2 kW, sementara model hibrid PowerBoos pula didatangkan standard dengan generator 2.4 kW dan boleh dinaiktaraf kepada unit 7.2 kW.

Menurut Ford, unit ini dikatakan mampu untuk menyalurkan kuasa kepada 28 unit peti sejuk, dan dengan satu tangki minyak yang penuh, ia mampu beroperasi sehingga 32 jam dengan kapasiti maksimum.

Sementara unit 2.4 kW pula boleh menyalurkan kuasa kepada beberapa perkakas elektrik sahaja, dan mampu bertahan sehingga 85 jam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…