Ford bakal pasang Mustang Mach-E di China

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik Ford Mustang Mach-E pada ketika ini hanya dipasang di kilang pemasangan kenderaan Ford yang terletak di Mexico, dan melihatkan kepada sambutan yang memberangsangkan, sebuah fasiliti kedua bakal dibangunkan luar dari benua Amerika, iaitu China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasaran automotif terbesar di dunia itu bakal menjadi lokasi pemasangan kedua Ford Mustang Mach-E dan dikendalikan oleh Changan Ford khusus untuk pasaran tempatan sahaja.

Menurut kenyataan Ford, model Mustang Mach-E untuk pasaran China akan dilengkapi dengan teknologi bantuan pemanduan terkini Ford Co-Pilot360™, serta sistem infotainmen SYNC+ yang mampu menyokong kemaskini perisian over-the-air (OTA)

 


Pada ketika ini, Ford Mustang Mach-E menawarkan fungsi bantuan pemanduan automatik tahap 2+, serta komunikasi selular vehicle-to-everything (C-V2X) yang mampu mengesan halangan pemanduan bagi meningkatkan kadar keselamatan trafik dan keberkesanan jarak operasi sifar emisi.

Ford Mustang Mach-E yang bakal dibina di China bakal memiliki dimensi ukuran sepanjang 4,739 mm x 1,881 mm x 1,623 mm dengan jarak antara roda 2,984 mm dan jarak operasi sejauh 600 km (mengikut data CLTC).

Ford juga merancang untuk memasang sebuah lagi model berprestasi tinggi Mustang Mach-E GT yang menawarkan konfigurasi motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3 saat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan satu pencapaian penting buat Ford dalam usaha untuk meningkatkan produksi Mustang…
Berita Global
Pasangan suami isteri Jens dan Christine pada mulanya menyangka mereka akan menjalani proses…
Berita Global
EV yang dipasang secara CKD itu bakal diedarkan kepada para pelanggan di China menjelang akhir…