Produksi Ford Mustang Mach-E cecah 150,000 unit dalam 2 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua tahun dilancarkan secara rasmi, produksi SUV elektrik Ford Mustang Mach-E kini mencecah angka 150,000 unit.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ini merupakan satu pencapaian penting buat Ford dalam usaha untuk meningkatkan produksi Mustang Mach-E kepada 270,000 unit setahun.

Hingga akhir tahun 2023, Ford menyasarkan produksi EV berjumlah 600,000 unit setahun, dan angka tersebut dijangka mencecah sehingga 2 juta unit menjelang tahun 2026.
 

mach e


Di Amerika Syarikat, Ford kini menduduki tangga kedua sebagai pengeluar kenderaan elektrik terbesar di belakang Tesla, dengan penguasaan pasaran sebanyak tujuh peratus.

Sebagai perbandingan, Tesla menguasai pasaran EV Amerika Syarikat dengan pegangan sebanyak 65 peratus.

Selain daripada Amerika Syarikat, Ford telah berjaya mengembangkan pasaran Mustang Mach-e kepada lebih 30 buah negara di seluruh dunia, berbanding 22 buah pada tahun pertama ia dilancarkan.
 

mach e


Melihatkan kepada kejayaan model tersebut, Ford kini sedang berusaha menaiktaraf fasiliti Cuautitlan Stamping and Assembly Plant untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, SUV baharu yang membawakan plet nama Century itu kini sedang dipasang di kilang…
Berita Global
Angka tersebut - walaupun diumumkan pada tanggal 6 November 2023 - telah pun dicapai pada akhir…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Proton turut mengumumkan nama rasmi yang bakal digunakan oleh sedan baharu itu…