Ford iktiraf David Vigsted sebagai bayi pertama lahir dalam Mustang Mach-E

oleh Mohamad Hanif|
David Vigsted diiktiraf sebagai bayi pertama yang lahir di dalam sebuah kenderaan sifar emisi - Ford Mustang Mach-E di Denmark, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasangan suami isteri Jens dan Christine pada mulanya menyangka mereka akan menjalani proses bersalin secara normal, dan mereka sebenarnya sedang dalam perjalanan ke hospital setelah Christine mula merasakan kontraksi.

Namun dalam masa beberapa minit sahaja, air ketuban Christine mula pecah, dan Jens terus memandu Mustang Mach-E mereka ke bahagian bahu jalan sebelum memanggil bidan untuk melancarkan lagi proses bersalin.

Mujur, proses kelahiran bayi tersebut berjalan dengan lancar.
 

Mach_E


Menurut Christine, sekiranya bayi itu bayi pertama mereka, berkemungkinan besar mereka akan berdepan dengan pengalaman yang berbeza.

Biarpun Ford amat gembira untuk mengiktiraf David Vigsted sebagai bayi pertama yang lahir dalam EV buatan mereka, pengeluar tersebut mengakui ia bukanlah salah satu senario yang dirancangkan untuk mana-mana EV.

Menurut Jim Farley selaku presiden dan CEO Ford berkata, "Kami melakukan pelbagai ujian yang melampaui batas untuk segala kemungkinan, namun secara jujurnya situasi melahirkan bayi di kerusi penumpang hadapan bukanlah salah satu daripada ujian yang kami jalankan.