Filem Fast 10 bakal disiarkan 7 April, 2023

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tayangan F9: The Fast Saga, francais filem itu memaklumkan mereka bakal menyiarkan dua buah filem sebelum menamatkan kisah perlumbaan di luar hukum fizik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Entertainment Weekly, pengarah filem Justin Lin mengesahkan filem kesepuluh (Fast 10) akan ditayangkan pada 7 April 2023, di mana proses penggambaran akan bermula pada Januari 2022.

Filem kesembilan ditayangkan baru-baru ini setelah ditangguhkan lebih daripada tempoh setahun akibat wabak pandemik COVID-19.

Walaupun mengalami kelewatan, filem ini berjaya mencatatkan kutipan lebih daripada $680 juta di seluruh dunia.

Difahamkan, filem F10 dan F11 akan membawakan kembali watak-watak penting yang dilakonkan oleh Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Sung Kang, serta pelakon-pelakon yang lain.


Sumber: Entertainment Weekly

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ini kerana terdapat laporan terbaharu yang mendakwa pihak Universal Pictures mahukan bahagian akhir…
Berita Global
"Setiap cerita berhak mempunyai pengakhiran yang tersendiri," itulah yang cuba diungkapkan oleh Vin…