Francais Fast & Furious mungkin berakhir dengan filem ke-12

oleh Mohamad Hanif|
Francais filem Fast & Furious nampaknya tidak akan berakhir secepat yang mungkin.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ini kerana terdapat laporan terbaharu yang mendakwa pihak Universal Pictures mahukan bahagian akhir filem Fast & Furious ini dibahagikan kepada tiga filem, dan bukannya dua filem seperti yang dirancang, seperti yang dilaporkan oleh laman Variety.
 

fastx


Ini bermakna, tirai Fast & Furious mungkin akan ditutup sepenuhnya selepas filem ke-12, dan bukan filem ke-11.

Tunjang utama filem tersebut, Vin Diesel menyebut bahagian akhir filem Fast & Furious mungkin akan menjadi sebuah trilogi sejurus selepas tayangan premier di Rome, baru-baru ini.

 


"Selepas pihak studio menonton filem Fast X, mereka bertanya, 'bolehkah awak jadikan bahagian akhir Fast X sebagai sebuah filem trilogi?," ujar Diesel.

Pelakon veteran francais itu, Michelle Rodriguez menambah ia mungkin akan berlaku.
 

Fast X


Filem ke-11 francais itu akan ditulis bersama oleh Christina Hodson (Bumblebee) dan Oren Uziel (The Lost City), dan bakal diarahkan oleh Louis Letterier.

Dalam pada itu, pengarah David Leicth pada hujung tahun lalu memberitahu sekuel kepada filem Hobbs & Shaw kini bergantung sepenuhnya kepada pelakon Dwayne Johnson disebabkan jadualnya yang padat.

 

Sumber: Variety

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…
Berita Global
Poster teaser filem tersebut mendedahkan suatu cerita baharu yang akan menjadi permulaan kepada…