Ferrari umumkan 6 pemandu jentera lumba 499P dalam perlumbaan FIA WEC

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Ferrari telah umumkan senarai 6 pelumba yang akan memandu dua jentera Ferrari 499P pada perlumbaan FIA World Endurance Championship musim 2023 dalam kategori Hypercar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Pemandu yang dipilih dijangka untuk membawa Ferrari kembali ke kelas teratas kejohanan dunia mewakili  gabungan unik bakat, pengalaman, kepantasan dan stamina seta kualiti penting dalam perlumbaan ketahanan.

Untuk musim 2023, Ferrari akan menggunakan dua buah jentera 499P dengan nombor 50 dan 51, setiap jentera akan dipandu secara bergilir-gilir oleh 3 pelumba.

 

50

 

Ferrari 499P dengan nombor 50 akan diwakili oleh Antonio Fuoco, Miguel Molina dan Nicklas Nielsen, nombor 50 itu dipilih untuk menandakan tahun-tahun yang telah berlalu sejak kali terakhir Ferrari berlumba dalam kelas ketahanan terbaik kejuaraan dunia.

Antonio Fuoco, salah satu pelumba berbakat kelahiran Itali yang sentiasa memberikan saingan dalam lumba ketahanan, akan bersama pelumba Sepanyol Miguel Molina yang merupakan juara dunia 8 Hours of Bahrain, dan Nicklas Nielsen yang merupakan juara dunia kategori LMP2 Pro-Am.

 

51

 

Manakala Ferrari 499P dengan nombor 51 akan diwakili oleh Alessandro Pier Guidi, James Calado dan Antonio Giovinazzi untuk berlumba dengan jentera itu.

Pelumba dari Itali Alessandro Pier Guidi dan pelumba dari British James Calado masing-masing mengambil cabaran untuk berada di tempat teratas, kedua-dua pelumba itu juga merupakan 2 kali juara dunia dalam kategori LMGTE Pro.

Seorang lagi pelumba dari Itali, Antonio Giovinazzi akan berlumba untuk musim penuh pada 2023 sebagai pelumba ganti, Ini merupakan perlumbaan ketahanan musim penuh pertamanya setelah pertama kali menyertai 24 Hours of Le Mans pada 2018.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…