Ferrari Purosangue mendarat di Malaysia, nadi V12 725 PS, dari RM5 juta

oleh Mohamad Hanif|
Ital Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi supercar jenama Ferrari di Malaysia mengumumkan ketibaan crossover pertama jenama Prancing Horse, Ferrari Purosangue.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Dimensi

purosangue


Ferrari Purosangue membawakan ukuran sepanjang 4,973 mm, lebar 2,028 mm, tinggi 1,589 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,018 mm.

Cukup untuk memuatkan empat orang penumpang pada satu-satu masa dengan selesa.

Selain kapasiti tangki bahan api sebesar 100 liter, ruang kargo di belakang adalah sebesar 473 liter.

 

Kuasa

V12


Bukan enjin V6, bukan enjin V8, akan tetapi nadi bentangan V12 6.5 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa setinggi 725 PS @ 7,750 rpm dan 716 Nm @ 6,250 rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear klac berkembar lapan nisbah kelajuan F1, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda.

Pecutan 0-100 km/j sekitar 3.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 310 km/j.

Ferrari Purosangue menggunakan sistem gantungan aktif, dibantu dengan kawalan elektronik seperti SSC 8.0: 4RM-S evo, F1-trac, ABS Evo dengan Grip Estimation 2.0, dan Kawalan Kestabilan Elektronik.

 

Gaya luaran elegan

V12


Ferrari Purosangue menawarkan bukaan pintu belakang yang unik, memudahkan urusan keluar dan masuk, dibantu dengan titik graviti yang rendah menjadikan penampilannya lebih elegan.

Di sebalik rekaan arka roda 'terapung' itu, Purosangue dipadankan dengan rim bersaiz 22 inci di hadapan (balutan tayar 255/35) diikuti rim 23 inci di belakang (saiz tayar 315/30).

 

Casis lebih tegar, walaupun ia sebuah kenderaan mesra famili

Purosangue


Biarpun dengan saiz yang lebih besar berbanding mana-mana model Ferrari dengan empat tempat duduk terdahulu, casis Purosangue sebenarnya lebih ringan, dengan kadar ketegaran kilasan meningkat 30 peratus dan kadar kekakuan rasuk naik 25 peratus.

Ini menyumbang kepada pengendalian yang jauh lebih baik, serta menjadikan kadar NVH yang lebih senyap.

 

Ruang kabin

V12


Buat pertama kalinya, sebuah Ferrari menawarkan ruang tempat duduk yang berasingan untuk empat orang pada satu-satu masa.

Susun atur kokpit berkembar digunakan pada Purosangue, di mana terdapat skrin kluster digital 16 inci dan roda stereng yang diinspirasikan daripada SF90 Stradale, diikuti skrin kedua sebesar 10.2 inci untuk penumpang hadapan.
 

V12


Bahagian belakang pula menyediakan dua tempat duduk berasingan yang dipisahkan oleh konsol tengah yang turut bertindak sebagai tempat merehat tangan.

Sistem audio pula menggunakan unit bunyi keliling Burmester 3D.

Selain daripada itu, 85 peratus daripada trim dalaman Purosangue sebenarnya terdiri daripada bahan yang lestari, seperti contoh:
• alas bumbung fabrik daripada poliester kitar semula
• karpet poliamida kitar semula daripada jaring ikan
• Alcantara daripada poliester kitar semula

 

Keselamatan

purosangue


Ferrari Purosangue hadir dengan pelbagai fungsi bantuan pemandu termaju (ADAS), seperti:
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Brek Kecemasan Automatik (AEB)
• Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Bantuan Kekal Lorong (LDA)
• Pengesanan Titik Buta (BSD)
• Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
• Pengecaman Papan Tanda Trafik (TSR)

Buat pertama kalinya, sebuah Ferrari dilengkapi dengan ciri Kawalan Menurun Cerun (HDC).

 

Harga

Purosangue


Untuk pasaran tempatan, Ferrari Purosangue dijual pada harga bermula dari RM5 juta, termasuk cukai, pendaftaran, namun tidak termasuk kos yang diperlukan untuk penyesuaian spesifikasi.

Ferrari Malaysia menawarkan jaminan selama tujuh tahun yang turut merangkumi pakej penyelenggaraan (setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa had perbatuan).

Baca: Ferrari Purosangue 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…
Pelancaran
Ferrari Roma Spider dilancarkan sebagai pengganti kepada model Portofino M, sekaligus menjadi model…