Convertible Ferrari Roma Spider kini di Malaysia, dari RM3.2 juta

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada ketibaan model crossover Purosangue, Ital Auto Malaysia turut membawakan sebuah lagi model baharu, iaitu Ferrari Roma Spider.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ferrari Roma Spider dilancarkan sebagai pengganti kepada model Portofino M, sekaligus menjadi model soft-top berenjin depan pertama Ferrari sejak model 365 GTS/4 yang muncul pada tahun 1969.

 

Dimensi

roma


Secara asasnya, Ferrari Roma Spider masih lagi mengekalkan elemen rekaan, perkadaran dan dimensi yang hampir sama dengan model kembar coupe-nya Roma.

Ia membawakan ukuran sepanjang 4,656 mm, lebar 1,974 mm, tinggi 1,306 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,670 mm.

Berbanding Roma coupe, Roma Spider sebenarnya 85 kg lebih berat walaupun tanpa kehadiran struktur bumbung kekal.

 

Bumbung istimewa

roma


Ferrari Roma Spider menggunakan binaan bumbung jenis soft-top menggunakan fabrik istimewa, menawarkan keselesaan akustik yang sama paras dengan mana-mana model hard-top.

Ia hanya perlukan masa 13.5 saat untuk dibuka pada kelajuan sehingga 60 km/j.

Strukturnya juga kompak, membolehkan ruang kargo yang lebih besar (255 liter).

 

Ada sistem aerodinamik

roma


Biarpun ia sebuah convertible, Ferrari Roma Spider turut mempunyai spoiler belakang yang boleh diaktifkan bergantung kepada keadaan pemanduan semasa.

Terdapat tiga posisi yang disediakan, iaitu Low Drag, Medium Downforce dan High Downforce (janaan 95 kg daya mendap pada kelajuan 250 km/j).
 

Kuasa

roma


Ferrari Roma Spider mengekalkan penawaran enjin sama yang terdapat pada model Roma coupe.

Nadi bentangan V8 3.9 liter turbo berkembar itu mampu menghasilkan kuasa 620 PS @ 5,750 rpm-7,500 rpm, dan daya kilas 760 Nm @ 3,000-5,750 rpm, dipadankan dengan transmisi DCT F1 lapan kelajuan.

Biarpun 85 kg lebih berat berbanding Roma coupe, Roma Spider sebenarnya mampu memecut 0-100 km/j sepantas 3.4 saat, dan kelajuan tertinggi 320 km/j.

Ferrari Roma Spider turut dibantu dengan kawalan elektronik seperti EPS, VDC, F1-TCS, E-Diff3, SSC 6.0, FDE dan SCM-E Frs.

 

Kabin

roma


Para pereka Ferrari menggunakan pendekatan yang sama digunakan pada Ferrari Roma coupe, dengan konsep kokpit berkembar dengan susun atur papan pemuka hampir simetri.

Untuk pemandu, disediakan skrin kluster digital sebesar 16 inci, serta roda stereng SF90 Stradale dengan butang kawalan sensitif sentuhan yang lebih baik.
 

roma


Untuk penumpang pula terdapat skrin infohibur sebesar 8.4 inci yang turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 

Harga

roma


Untuk pasaran tempatan, Ferrari Roma Spider dijual pada harga bermula dari RM3.2 juta  termasuk cukai dan duti pendaftaran, namun tidak termasuk kos yang diperlukan untuk penyesuaian spesifikasi.

Ferrari Malaysia menawarkan jaminan selama tujuh tahun yang turut merangkumi pakej penyelenggaraan (setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa had perbatuan).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…
Pelancaran
Dimensi Ferrari Purosangue membawakan ukuran sepanjang 4,973 mm, lebar 2,028 mm, tinggi 1,589 mm…