Ferrari Pop-Up Experience - pusat pameran berkonsep terbuka di Pavillion KL

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia telah melancarkan sebuah pusat pameran Ferrari jenis pop-up eksperimental yang terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Pavillion Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibuka daripada sekarang sehingga 28 September 2018, ia merupakan pusat pertama seumpamanya yang dibuka di Malaysia dan sebahagian daripada pameran serantau bagi menarik minat umum terhadap gaya hidup yang dibawakan oleh Ferrari.


Menurut Dato’ Samson Anand George, CEO Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd berkata, dengan Ferrari Pop-Up Experience ia menawarkan pengalaman menikmati gaya hidup eksklusif Ferrari kepada umum menerusi pusat pameran bertemakan terbuka (open-air).

Pusat pameran pop-up ini mempamerkan dua buah jentera V8 iaitu Ferrari GTC4Lusso T dan Ferrari Portofino yang pertama kali dipamerkan kepada umum sejak pelancarannya pada bulan Mei yang lalu.
 


Portofino diambil namanya bersempena dengan nama sebuah kampung yang menarik di Italian Riviera, wilayah Liguria dan jentera ini mampu memberikan pecutan sepantas 3.5 saat daripada 0-100 km/j.


Manakala GTC4Lusso T merupakan sebuah kereta sports empat tempat duduk yang pertama di dalam sejarah Ferrari yang menampilkan enjin V8 berkuasa turbo, selain daripada gandingan imej sporty, dinamik dan versatil untuk digunakan sebagai kenderaan seharian.

Bersempena dengan pembukaan Ferrari Pop-Up Experience, Ferrari Malaysia mengadakan sebuah pertandingan menerusi laman Instagram @ferrari.malaysia bermula dari 22-28 September 2018 terbuka kepada umum. Syarat dan notis pertandingan boleh dirujuk menerusi laman Instagram.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook Ferrari Malaysia di https://www.facebook.com/ferrarimalaysia.nazaitalia atau @ferrari.malaysia di Instagram untuk kemaskini dan tawaran daripada Ferrari dan Naza Italia.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Pelancaran
Grecale GT merupakan salah satu dari 3 versi Grecale yang ditawarkan oleh Maserati dimana versi GT…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…