Philipp Plein telah memaparkan beberapa gambar di Instagram beliau yang menunjukan beberapa wanita berpakaian renang sedang melakukan aksi ghairah di atas sebuah Ferrari
Gambar lain pula menampakan Plein meletak barisan kasut-kasutnya di atas sebuah Ferrari 812 Superfast, milik Plein sendiri.
Syarikat guaman yang mewakili Ferrari menghantar surat untuk meminta Plein menurunkan gambar-gambar tersebut dalam tempoh 48 jam atas alasan imej-imej tersebut "tidak sesuai" dengan jenama Ferrari.
Sebenarnya, isu ini bukan baharu. Di Malaysia juga ada syarikat kenderaan yang melarang penggunaan gambar-gambar wanita seksi dengan produk mereka.
Setiap jenama mempunyai imej mereka yang tersendiri dan tidak semua mahukan imej dengan wanita seksi kerana menganggap ia satu publisiti murahan.
Apa pendapat anda?