Ferrari bakal berentap kembali di dalam Le Mans Hypercar!

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya selepas tahun 1973, Ferrari mengumumkan mereka bakal kembali berentap di dalam perlumbaan Endurance, dan sebuah hypercar baharu yang bakal beraksi di dalam kategori Le Mans Hypercar.
Modenas

Program Le Mans Hypercar Ferrari ini dijangka akan membuahkan hasilnya pada tahun 2023, di mana Ferrari akan berlumba secara rasmi menentang pesaing-pesaing lain.

Program ujian di litar, nama jentera, serta pemandu yang bakal menjadi kru rasmi pasukan tersebut hanya akan diumumkan pada masa akan datang.

"Dalam sejarah 70 tahun perlumbaan, kami membawa jentera kami mencapai kemenangan dengan meneroka solusi teknologi yang canggih, inovasi dari litar lumba dan menjadikan setiap kereta jalanan yang dihasilkan di Maranello sesuati yang luar biasa.

"Dengan program Le Mans Hypercar ini, Ferrari sekali lagi menegaskan komitmen dan tekad untuk menjadi protagonis di dalam acara sukan permotoran global utama," ujar pengerusi Ferrari John Elkann.

Kelas Le Mans Hypercar merupakan segmen perlumbaan baharu yang dicipta oleh FIA dan pengendali 24 Hours of Le Mans, ACO di mana setiap jentera yang bertanding perlu mempunyai beberapa ciri seperti rekaan yang sama seperti jentera jalanan, kombinasi enjin pembakaran dalaman untuk roda belakang dan sistem hibrid KERS untuk roda hadapan, serta kuasa yang dihadkan kepada 680 hp.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia masih lagi membawakan kulit luaran yang menyerupai Maserati Levante, walaupun beberapa…
Berita Global
Dinamakan sebagai Ferrari ION F, ia membawakan ciri-ciri elegan dan anggun daripada Ferrari SF90…
Berita Global
Menariknya, Ferrari hanya menawarkan satu warna sahaja untuk kesemua unit F40 yang dihasilkan,…