FAA beri amaran enjin Boeing boleh rosak semasa penerbangan akibat tersadai lama

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih kurang 2,000 buang pesawat Boeing 737 "Next Generation" dan"Classic" telah diarahkan enjinnya diperiksa rapi.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Persekutuan Pengurusan Penerbangan (Federal Aviation Administration) selepas ia mendapati enjin-enjin untuk kedua-dua model tersebut mempunyai risiko "karat" semasa penerbangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah itu disebabkan enjin-enjin yang disimpan berbulan-bulan kerana kelembapan industri penerbangan akibat Covid-19.

Empat laporan hasil pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh FAA mendapati ada satu injap di dalam bahagian enjin yang terhakis selepas beberapa bulan enjin itu tidak digunakan dan injap itu "tersangkut" dalam kedudukan "open" jika ia dalam sesi penerbangan.

Ia seterusnya menerangkan jika berlaku, kompresor akan gagal berfungsi dan enjin tidak dapat dihidupkan semula - semasa di dalam penerbangan.

Dalam erti kata lain, enjin tersebut akan hilang kuasa dengan lebih cepat dari sepatutnya dan ia tidak mampu dihidupkan semula, menyebabkan kapal terbang tersebut perlu melakukan pendaratan di luar kawasan lapangan terbang (mungkin ini cara sopan untuk bercakap kapal terbang itu boleh terhempas).

Ini benar-benar membuatkan penulis tidak mahu terbang lagi untuk masa terdekat.

* Laporan asal dari Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…