Evolusi topi keledar lumba

oleh Careta.my|
Rekabentuk dan teknologi topi keledar telah banyak berubah sejak ia mula dipakai pada zaman 1930an tetapi fungsinya tetap sama: iaitu menyelamatkan nyawa pemandu, penunggang dan pembonceng samada motosikal atau kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Video dari Donut Media pernah  menunjukkan perjalanan sejarah topi keledar yang bermula dari topi keledar yang diperbuat dari bahan rangka lembut (yang hanya menahan serangan serangga) ke jenis topi keledar bahan komposit dan gentian fiber yang masih digunakan sehingga  hari ini.

 

 

helmet

 

 

 

Titik sejarah yang paling bermakna ialah apabila syarikat DuPont menghasilkan bahan yang dinamakan ‘Nomex’ - iaitu bahan tahan api meta-aramid yang mula dipasarkan pada tahun 1967 di Amerika Syarikat.

 

Ia menjadi asas pada topi keledar kalis api yang digunakan hari ini. Hanya dalam tahun 1970an topi keledar penuh muka ‘full-face’ mula dipakai oleh pelumba-pelumba sukan bermotor diseluruh dunia.

 

Visor juga mula dipakai pada era yang sama serta kekangan topi keledar jenis awal (sebelum kekangan moden sistem HANS) yang berfungsi untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian apa-apa kecederaan pada leher dan kepala dari hentakan kuat.

 

Alat khusus komunikasi pula diperkenalkan pada awal 70an untuk membolehkan pemandu bercakap dengan krew pasukan dengan jelas dalam suasana litar lumba yang riuh dan bising.

 

Pada masa yang sama, injap pop-off dipasang supaya pemandu dapat mendengar bunyi letupan-letupan kecil enjin untuk mengelakkan lat turbo (turbo lag).

 

Perkembangan pada awal 1970an berfokus pada ciri aerodinamik dan rekabentuk yang lebih lancar dan menarik. Tahun 2000 pula adalah permulaan penggunaan bahan-bahan pembinaan yang amat ringan seperti bahan komposit dan gentian fiber.

 

Perkembangan terbaharu ialah Head and Neck Restraint System atau HANS yang sekarang menjadi mandatori bagi kebanyakan kategori sukan berlumba.

 

Topi keledar yang paling canggih ialah topi keledar yang digunakan oleh pemandu F1 dan MotoGP. Diperbuat dari kombinasi Kevlar dan gentian fiber, beratnya hanya 1.25kg tetapi mengandungi 17 lapisan perlindungan yang penting dalam kejadian kemalangan.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata bahawa Perodua Smart Build merupakan ‘Transformasi 3.0’ Perodua yang dibina…
Informasi
    Pada awal rekabentuk kereta hanya mengubah rekabentuk pedati kuda yang diletakkan enjin…
Informasi
  Evolusi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah bermula sejak perkembangan industri…