Evolusi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah bermula sejak perkembangan industri automotif lagi, tetapi penggunaan asal kerusi ini hanya sekadar menyediakan kerusi untuk kanak-kanak tanpa sebarang fungsi keselamatan.
Adalah dipercayai bahawa kerusi kanak-kanak hanya dihasilkan pada tahun 1930 oleh syarikat Bunny Bear Company, tiada ciri keselamatan hanya berfungsi untuk meletakkan kanak-kanak pada kerusi, uniknya rekebentuk kerusi ini mampu disangkut dipintu kereta. Idea untuk menghasilkan kerusi kanak-kanak yang mempunyai ciri keselamatan datang dari Leonard Rivkin yang mempunyai tali pingggang keselamatan berbentuk Y seperti yang terdapat pada kerusi keselamatan moden.
Terdapat juga produk selain kerusi keselamatan dihasilkan untuk kanak-kanak. Volkswagen pernah menjual tali keselamatan sebagai aksesori tambahan .
Pada tahun 1968 Ford memperkenalkan Tot Guard, akan tetapi Tot Guard hanya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 5-9 tahun sahaja.
Tot Guard menjadikan Ford sebagai pengeluar kereta pertama memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak, peliknya rekebentuk Tot Guard mempunyai pad yang lembut dibahagian hadapan.
General Motor (GM) pula memperkenalkan kerusi kanak-kanak dan bayi Love Seat pada 1969 yang mempunyai ciri-ciri kerusi keselamatan kanak-kanak moden.
Pada tahun 1971, National Highway Traffic Safety (NHTSA) di Amerika Syarika telah memperkenalkan panduan kerusi keselamatan kanak-kanak yang pertama, akan tetapi undang-undang mendatori penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak hanya dikuatkuasakan pada 1985 di Amerika Syarikat, semenjak pengubalan undang-undang mandatori diperkenalkan evolusi rekebentuknya terus berkembang.
Pada tahun 1997 pengeluar kerusi keselamatan Britax-Romer dan Volkswagen bersama menghasilkan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX pertama.
Pada tahun 2013 pula menyaksikan kesemua kenderaan yang dikeluarkan pada tahun tersebut diwajibkan mempunyai ISOFIX bercirikan LATCH (Lower Anchor and Tethers For Children)