Evolusi rekabentuk dan disebalik penghasilan rekabentuk kereta

oleh SALINA JALIL|
Sebagaimana teknologi kereta yang lain berkembang, rekabentuk kereta juga berkembang melalui beberapa fasa dan boleh juga dikatakan rekabentuk kereta juga mempunyai fesyen yang tersendiri mengikut perkembangan pasaran dan kehendak pengguna.

Menjadi cabaran kepada jurutera dan pereka kereta untuk menghasilkan rekabentuk kehendak pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

px 1

 

Pada awal rekabentuk kereta hanya mengubah rekabentuk pedati kuda yang diletakkan enjin bagi menggantikan kuda. Rekabentuk mempunyai saiz tayar yang sama dengan pedati kuda. Manakala roda stereng hanya digunakan pada kereta pada awal 1900an. Rekabentuk kereta awal walaupun dijual pada harga yang sangat mahal tetapi pemandu dan penumpang terdedah kepada eleman cuaca.

 

Rekabentuk kereta dibahagikan kepada beberapa zaman atau era. Zaman awal kereta dikenali sebagai zaman veteran dianggarkan zaman ini bermula dari penghasilan awal kereta pada 1860 kemudian Zaman Brass atau Era Brass, zaman ini bermula dari 1905 sehingga tamat perang dunia pertama atau dilanjutkan lagi sehingga tamat penghasilan Ford Model T.
 

 

Dari rekabentuk awal Quadricycle yang diibaratkan kereta bahan bakar fosil terawal yang hanya menawarkan 2 tempat duduk, kemudian rekabentuk beralih kepada menyediakan tempat duduk lebih 4 penumpang, bumbung dan cermin rintangan dan cermin depan pada Ford Model T, rekaan Ford Model T yang menyediakan perlindungan kepada pemandu dan penumpang dari elemen cuaca menjadi ikutan dizaman.

 

Zaman Vintage bermula boleh dikatakan bermula pada 1919, zaman ini bahagian enjin direka untuk diletakan dibahagian hadapan (FR) sangat popular, rekabentuk ini menggantikan rekabentik enjin kereta yang diletakkan dibawah chasis atau dibelakang tempat duduk.

 

 

Pada zaman ini Cadillac Type 53 diperkenalkan, Cadillac Type 53 menjadi ingatan dunia automotif apabila rekabentuk susun atur kawalan kereta yang digunakan sehingga sekarang diperkenalkan dan menjadi ikutan oleh semua pengeluar kereta selepasnya.

 

Zaman sebelum dan perang dunia ke 2, rekabentuk zaman ini bermula dari 1939 sehingga 1947. Zaman ini bermulanya rekabentuk yang sangat mempegaruhi rekabentuk kereta moden.

 

Rekabentuk trunk atau cargo tempat simpanan bagasi dibahagian belakang atau depan kereta mula menjadi kewajipan jurutera menghasilkan rekabentuk yang mempunyai ruang cargo. Rekabentuk sedan atau saloon juga mula mendapat tempat rekaan zaman ini.

 

 

Tatra 77 kereta yang direka mementingkan aerodinamik yang pertama dihasilkan secara besar-besaran.  Jurutera kereta mula mendapati pentingnya aerodinamik pada kereta bagi penjimatan bahan api dan rupa.

 

Zaman pasca perang, zaman ini bermula 1946 sehingga 1960an, rekebentuk awal zaman ini sangat-sangat dibayangi oleh elemen-elemen jentera Perang Dunia Ke 2 bahkan nama kereta juga ada yang di ambil dari jentera perang dunia ke 2 seperti Vanguard yang diambil dari kapal perang HMS Vanguard, hampir kesemua pengeluar mempunyai ciri rekebentuk yang hampir sama.
 

 

 

Rekabentuk zaman atau era moden, era ini dikategorikan setelah kereta direka menggunakan komputer, perkongsian platform dan standard yang tinggi menjadi keutamaan pengeluar kereta.

 

Era ini dikatakan bermula pada akhir 1960an. Jenis-jenis badan kenderaan diperkenalkan SUV, Crossover, Station Wagon, MPV dan Hatchback. Era Moden ini juga kenderaan cekap bahan api dan dari tenaga baru dihasilkan seperti kereta elektrik dan Fuel Cell (Hidrogen).

 

Bagaimana rekabentuk kereta dihasilkan


Secara ringkasnya rekabentuk kereta diperkenalkan melalui konfigurasi badan kereta. Rekabentuk One Box Design, Two Box Design dan Three Box Design.
 

 

Setelah jenis segmen dan jenis konfigurasi badan ditetapkan, pereka dan jurutera akan menghasilkan lukisan konsep sama ada menggunakan pen, pensil, kertas dan pad lukisan elektronik.

 

Lukisan elektronik biasanya menggunakan perisian CAD seperti CATIA ataupun Solidworks yang digunakan oleh industri untuk menganalisis rekabentuk yang dihasilkan.
 

 

Penggunaan tanah liat menghasilkan kereta konsep sudah bermula sejak 1930an, ianya diperkenalkan oleh Harley Earl yang digelar The Da Vinci of Detroit.

 

Penggunaan tanah liat memudahkan dan menjimatkan masa pereka dan jurutera untuk menghasilkan rekebentuk yang diilhamkan dari lukisan sebelum prototaip dihasilkan.
 

 

 

Teknologi VR keluaran Unity AutoTech membantu syarikat, pereka dan jurutera kereta mengurangkan masa dan kos bagi mengurangkan kebergantungan penggunaan tanah liat yang digunakan sebelum ini.

 

 

px2

 


Peringkat akhir sebelum dihasilkan oleh kilang pengeluaran, disinilah para pereka dan jurutera berkumpul menyatukan semua kompenan yang dihasilkan dari tanah liat sebelum diluluskan oleh pengurusan untuk keperingkat penghasilan prototaip dan peringkat pengeluaran.

 

Pada kebiasaan rekebentuk kereta konsep, prototaip dan kereta yang dijual mempunyai jurang rupa yang sangat berbeza ini dipengaruhi oleh faktor utama adalah kos menghasilkan komponen dan faktor memudahkan penghasilan komponen mempengaruhi rekabentuk kereta yang akan dijual berbanding lakaran dan prototaip.
 

 

Bergantung kepada data jualan kereta yang dihasilkan, kebiasaannya pengeluar kereta akan mengeluarkan model facelift setiap 2 tahun atau 3 tahun. Proses menggunakan khidmat pereka dan jurutera bahagian rekebentuk digunakan semula bagi menghasilkan model facelift dan baru.

 

 


Penulis : Muhamad Qalif

Pautan rujukan :
https://blog.world-mysteries.com/science/127-years-of-modern-automobile-evolution/
https://en.wikipedia.org/wiki/Car_body_configurations
https://en.wikipedia.org/wiki/Car_model
https://www.joe.ie/life-style/joe-goes-to-russelsheim-in-germany-to-celebrate-50-years-of-opel-design-450881
https://www.nismo.com/gallery/nissan-gt-r50-sketches/
http://www.uvm.edu/landscape/dating/automobiles/index.php
https://www.carbodydesign.com/
https://unite.unity.com/event-overview

Berita Berkenaan

Berita Global
  Itulah yang dikatakan oleh Peter Horbury, Ketua Rekabentuk untuk Kumpulan Geely semasa…
Berita Domestik
Model Sirion akan menggunakan Perodua Myvi 2017, yang direka oleh tenaga pakar tempatan. Ini…
Model Terbaharu
Tagline baharu Myvi pula, Passion Engineered atau dalam Bahasa Malaysia, Cetusan Keunggulan…