ETCM sah bawa masuk sedan Almera, crossover Kicks untuk pasaran Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal memperkenalkan beberapa model baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan kedudukan di Malaysia bermula tahun hadapan. 

Antara model yang disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia ialah sedan segmen B Nissan Versa (lebih dikenali dengan nama Almera) dan sebuah crossover segmen B yang bakal mencabar Honda HR-V serta Mazda CX-3, iaitu Nissan Kicks. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Chris Tan ketika sesi pandu uji media Nissan X-Trail ke Belum Rainforest Resort awal minggu ini. 

 


Beliau turut menambah, ETCM akan menghentikan penjualan sedan segmen D, Nissan Teana daripada barisan model ETCM yang kini mempunyai empat buah model utama, iaitu Nissan X-Trail Facelift, Nissan Serena S-Hybrid, Nissan Almera dan trak pikap Navara. 

Model elektrik sepenuhnya Nissan Leaf akan membuat kemunculan rasmi menjelang pertengahan tahun ini, diikuti oleh Nissan Almera dan generasi keempat Nissan Sylphy. 

Baca: Nissan Almera 2020

Baca: Nissan Slyphy 2020

Baca: Nissan Kicks di USA

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…