Nissan Almera 2020 dilancarkan - lebih sporty, lebih ciri keselamatan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tatkala pasaran dunia semakin kurang meminati segmen sedan akibat serangan calon-calon SUV yang semakin sengit, Nissan masih tidak melupakan model sedan aras mula mereka, Nissan Almera (Nissan Versa di Amerika).

Mengambil banyak elemen inspirasi daripada abang sedan Altima, Nissan Almera 2020 kini tampil dengan gril hadapan ikonik V-motion diikuti dengan rekaan lampu yang lebih tajam. 

Jika rekaan sedan yang lama tidak begitu nampak menarik, generasi baharu kini tampil dengan garis badan yang lebih garang, garisan bumbung yang landai serta elemen ala-ala bumbung terapung yang menjadi trend masa kini. 
 


Sama juga halnya dengan rekaan papan pemuka yang membosankan kini tampil dengan rekaan yang lebih arus perdana, kemasan warna dua tona dan diikuti dengan penggunaan stereng jenis bawah rata

Manakala skrin paparan LCD di tengah pula lengkap dengan sambungan Apple Car Play dan Android Auto. 

Jika diperhatikan, Nissan Almera 2020 tampil dengan skrin digital yang memaparkan takometer di hadapan pemandu (dan informasi yang berkaitan), namun meter kelajuan masih menggunakan rekaan analog. 
 


Dari segi keselamatan, Nissan Almera kini hadir dengan Nissan Safety Shield 360 yang mampu untuk memberikan saingan yang sihat kepada sedan-sedan segmen B lain. 

Nissan Safety Shield 360 merangkumi beberapa ciri seperti: 

  • Amaran Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Amaran Tumpuan Pemandu Pintar
  • Kawalan Pelayaran Pintar

Manakala ciri keselamatan standard yang hadir termasuklah

  • Brek Kecemasan Automatik
  • Ciri Pengesanan Pejalan Kaki
  • Brek Mengundur Automatik
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi

 


Di ruang trenkuasa, enjin 1.6 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 122 hp dan 154 Nm daya kilas sebelum ia disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual lima kelajuan atau CVT.

Nissan Almera 2020 akan mula memasuki pasaran pada musim panas ini dengan harga yang masih menjadi rahsia. 

Namun menurut Nissan, julat harga Nissan Almera 2020 bakal memberikan saingan yang sewajarnya di dalam kelas sedan segmen B. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga kata kunci yang diperlukan - tipis, ringan dan fleksibel - dan daripada situ logo Nissan sedia…
Model Terbaharu
  Negara kedua pula yang menerima Nissan Versa 2020 adalah Mexico pada awal Oktober ini. Buat masa…