Nissan Sylphy generasi baharu muncul di Shanghai Auto Show

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Banyak kejutan yang menarik hadir ketika acara Shanghai Auto Show sedang berlangsung pada ketika ini dan Nissan mengambil kesempatan untuk melancarkan Nissan Sylphy serba baharu. 

Nissan Sylphy baharu kini menampilkan reka bentuk yang lebih moden - sama seperti adiknya Nissan Almera 2020 - membawakan rekaan V-Motion tiga dimensi, lampu utama yang lebih tajam dan rekaan bumper yang lebih bersegi.
 


Di bahagian sisi pula menampilkan rekaan bumbung ala-ala terapung yang biasanya terdapat pada SUV manakala penampilan bahagian belakang pula lebih kemas tanpa sebarang garisan yang berlebihan. 

Menariknya, menurut Nissan mereka telah menghasilkan semula rekaan Nissan Sylphy baharu ini menjadikan ia mampu mencapai nilai pekali seret (drag coefficient) yang sama seperti Nissan GT-R!
 


Di ruang trenkuasa pula, tiada sebarang info lanjut melainkan penggunaan enjin HR16DE generasi 3, dan ciri pemanduan pintar yang dipadankan dengan transmisi Xtronic. 

Memasuki ruang kabin pula, terdapat skrin paparan bersaiz 8 inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka, manakala skrin paparan info bersaiz 7 inci pula diapit oleh kluster meter di bahagian pemandu. 
 


Menyentuh soal keselamatan, Nissan telah meletakkan banyak ciri keselamatan terkini seperti:

  • Kawalan Jejak Pintar
  • Kawalan Pemanduan Pintar
  • Brek Kecemasan untuk Salah-guna Pedal
  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar
  • Amaran Titik Buta
  • Amaran Keluar Laluan
  • Amaran Lintasan Trafik
  • Amaran Pemanduan Pintar

Setakat ini Nissan masih belum mendedahkan harga jualan rasmi bagi Nissan Sylphy generasi baharu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek sebegini sebenarnya sudah biasa untuk Nissan termasuk mengeluarkan model khas untuk…
Berita Domestik
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal memperkenalkan beberapa model baharu sebagai salah satu…
Berita Global
  Sylphy Zero Emission adalah kereta elektrik (EV) pertama Nissan yang dibuat di China dan untuk…