Melalui kerjasama itu, EPMB dan GWM Malaysia bersedia untuk mendorong kerjasama mereka ke arah perjanjian muktamad dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Ia sekaligus akan memperkuatkan kepercayaan terhadap EPMB dengan peranan penting untuk memasang model-model GWM terpilih secara tempatan.

Ianya termasuk barisan model terkenal GWM di China dari SUV, trak pikap dan juga kereta elektrik (EV) yang bakal merancakkan lagi persaingan di Malaysia.
Kerjasama itu menandakan satu langkah strategik ke arah memajukan kenderaan pemasangan tempatan, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan automotif dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan industri di Malaysia.

Sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan, EPMB dijangka untuk memulakan kerjasama tersebut bermula tahun 2024 dan seterusnya.
Pengeluaran kenderaan GWM oleh EPMB dijangkakan akan meningkat secara beransur-ansur setiap tahun, dan disasar untuk mencapai 20,000 unit menjelang tahun 2028.