Empat tahun tayar motosikal tersekat di badan buaya ini

oleh Mohamad Hanif|
Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA) menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menyelamatkan seekor buaya di Palu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jakarta Post melaporkan, buaya berkenaan berdepan masalah di mana tayar motosikal tersekat pada badannya sejak beberapa tahun lalu.

Ketua BKSDA Sulawei Tengah, Hasmuni Hasmar berkata, ganjaran akan diberikan kepada mereka yang boleh mengeluarkan tayar berkenaan daripada buaya itu.

“Kami akan berikan ganjaran namun, jumlahnya tidak boleh didedahkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menganjurkan peraduan berkenaan kerana agensi berkenaan tidak mempunyai sumber untuk menangkap reptilia itu.

Ia sering dilihat di kawasan perairan yang menghubungkan Sungai Palu dan Teluk Palu.

Reptilia bersaiz empat meter itu pertama kali dilihat tersekat pada tayar berkenaan sekitar 2016.

Pegawai agensi dan ahli konservasi sebelum ini pernah cuba menangkap buaya berkenaan namun, gagal.

Seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji, atau lebih dikenali dengan panggilan Panji Petualang juga pernah cuba menangkap reptilia itu pada 2018 namun, turut menemui jalan buntu.

Hasmuni berkata, pihaknya juga pernah meminta bantuan organisasi dari Australia tetapi ia juga gagal berbuat demikian.

Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola berkata, peraduan itu diadakan dengan tujuan untuk membebaskan buaya berkenaan daripada tayar itu pada tahun ini.

“BKSDA ada banyak perkara perlu diselesaikan dan satu daripadanya adalah mencari buaya berkenaan.

“Tahun ini, kami perlu menangkap buaya itu supaya tayar berkenaan dapat dikeluarkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dari arah rumah menghala ke masjid bagi…
Berita Domestik
Baru-baru ini, bengkel motosikal milik bumiputera yang boleh dikatakan terkenal dikalangan pengguna…
Pelancaran
Tayar baharu ini dirumus khas untuk pemilik jentera roadster, motosikal kembara, sportbike dan…