Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dari arah rumah menghala ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib.
"Apabila sampai di lokasi, telekung pembonceng dipercayai termasuk di bahagian tayar belakang lalu motosikal tersebut hilang kawalan sebelum terjatuh.
"Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, bagaimanapun pada jam 3.53 pagi tadi pihaknya dimaklumkan oleh Unit Forensik HTAN Kuala Pilah, penunggang motosikal itumeninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah.
"Pembonceng mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.