Tayar motosikal Michelin Road 6 tiba di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Selain membawakan produk tayar baharu untuk kenderaan empat roda, Michelin Malaysia turut sama membawakan produk tayar motosikal Michelin Road 6 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar baharu ini dirumus khas untuk pemilik jentera roadster, motosikal kembara, sportbike dan motosikal GT yang menginginkan prestasi optimum dari segi kadar cengkaman di jalan basah, jangka hayat, keselesaan dan juga pengendalian.

Michelin Road 6 baharu ini menampilkan nisbah kekosongan (void ratio) sebanyak 14 peratus yang membolehkan daya cengkaman kekal tinggi di dalam kondisi jalan basah dan kering, dibantu dengan teknologi Michelin Water EverGrip atau teknologi sisip berpaten.
 

Michelin


Tayar Road 6 ini menggunakan bahan kompaun silika 100 peratus dengan Michelin Silica Technology yang mampu meningkatkan kdar cengkaman pada kondisi yang lebih sejuk dan basah tanpa mengorbankan hayat tayar.

Teknologi Michelin 2CT+ membolehkan sudut bunga tayar dioptimumkan untuk karakteristik prestasi yang berbeza, di mana lapisan bawah yang lebih keras mengekalkan ketegaran ketika mengambil selekoh, manakala lapisan atas yang lebih lembut pula membekalkan daya cengkaman dan perbatuan yang tinggi untuk kedua-dua keadaan basah dan kering.

Sementara teknologi Michelin Radial X Evo pula menampilkan binaan lapisan berlipat pada dinding sisi tayar yang meningkatkan tahap fleksibiliti dan keselesaan di jalan yang tidak rata, dan mengekalkan kestabilan pada kelajuan yang tinggi.
 

Michelin


Michelin Road 6 juga merupakan produk pertama dengan ciri Rekaan Sentuhan Premium Michelin pada dinding tayar yang menampilkan geometri mikro pada dinding sisi yang mampu menghasilkan tekstur kemasan yang menarik.

Boleh didapati di pengedar tayar Michelin di seluruh negara bermula 4 April 2022, Michelin Road 6 boleh didapati dalam enam saiz untuk roda depan, lapan saiz untuk roda belakang, sementara tayar GT Michelin Road 6 boleh didapati dalam satu saiz tunggal untuk roda depan dan tiga saiz untuk roda belakang.