Empat samseng jalanan ditahan, 26 motosikal disita

oleh Hamimah Hamid|
Gambar operasi oleh pdrm
Gambar operasi oleh pdrm
REMAJA berusia 14 tahun antara individu yang diperiksa dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh dekat Station 18, di Ipoh awal pagi Ahad.

Dalam operasi tersebut, empat individu ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan manakala 26 buah motosikal disita.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sebanyak 257 saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

 

"Dalam op yang dijalankan, 112 motosikal dan 110 orang berusia antara 14 dan 36 tahun telah diperiksa.

 

"Daripada keseluruhan individu yang diperiksa, sebilangan daripada mereka merupakan pelajar sekolah menengah, institusi awam dan swasta," katanya.

 

Menurut Abang Zainal Abidin, 26 buah motosikal telah disita atas kesalahan pengubahsuaian pelbagai aksesori di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

 

Katanya, operasi bersepadu itu melibatkan 53 pegawai dan anggota polis, 16 anggota sukarelawan polis serta enam pegawai dan anggota AADK Perak.

 

Foto: Polis

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata dua anggota unit bermotosikal IPD Bachok…
Berita Domestik
"Isu ini diangkat dan diberi perhatian berikutan kekurangan parkir di HRPB dan pembinaan Klinik…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik…