Pandu Toyota Camry secara melulu, pemandu positif dadah

oleh Penyumbang Rencana|
Tangkap layar kereta Toyota Camry dipandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan lain di Lebuh Raya Senai - Desaru (SDE) Isnin lalu.
Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Camry secara melulu dan membahayakan pengguna jalan lain di Lebuh Raya Senai - Desaru (SDE) di Kota Tinggi Isnin lalu didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan ketika hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kota Tinggi pada jam 8.30 pagi pada Rabu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

“Sekitar jam 9.30 malam, Isnin lalu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah menerima satu video tular di Facebook mengenai sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hijau yang dipandu secara melulu dan berbahaya dengan memotong kenderaan lain di garisan putih putus-putus di Kilometer (KM) 61.3 Lebuh Raya Senai - Desaru.

“Susulan video tular itu, pemandu kereta telah dikesan dan pada jam 8.30 pagi Rabu, pemandu berkenaan telah hadir ke IPD Kota Tinggi bagi memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

“Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudiannya ditahan setelah dikesan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Pemandu kereta terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

"Sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Informasi
Untuk makluman, Toyota Camry sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 1979 menerusi…