Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal

oleh Penyumbang Rencana|
Hospital Selayang menjadi institusi perubatan kerajaan pertama di Malaysia melaksanakan sistem parkir mekanikal bagi menyelesaikan masalah parkir dan kesesakan kenderaan di hospital.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata sistem teknologi parkir bergerak bertingkat itu diperkenalkan bagi mengatasi isu parkir dan kesesakan di hospital bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, Hospital Selayang kini dilengkapi dengan lima menara sistem parkir mekanikal yang boleh memuatkan 60 kenderaan pada satu-satu masa, dan akan ditambah kepada 20 menara yang mampu menempatkan 240 lot parkir pada fasa seterusnya.

"Kita sedia maklum fasiliti kita khususnya hospital, ramai pengunjung yang bawa kereta dan sebagainya sudah pasti parkir menjadi satu isu.

"Justeru, kita menerima kertas kerja dan melihat cadangan parkir mekanikal bagi mengatasi masalah parkir ini, sebelum bersetuju untuk parkir mekanikal di kawasan ini (Hospital Selayang) dibangunkan bagi memberi manfaat kepada pengguna.

"Sistem parkir mekanikal di Hospital Selayang mengenakan bayaran serendah RM2 sejam dan maksimum RM14 sehari," katanya pada majlis perasmian parkir mekanikal bertingkat di Hospital Selayang, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Sha'ari memaklumkan sistem parkir mekanikal di Hospital Selayang itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung sejak ia mula beroperasi bulan lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan sistem parkir sama di hospital kerajaan lain sekitar Selangor tidak lama lagi, khususnya jika ia berjaya masalah kesesakan kenderaan di fasiliti perubatan berkenaan.

"Konsep parkir mekanikal ini amat membantu, dan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga kita ingin melihat hospital lain yang ada di Selangor diberikan kemudahan parkir seumpama ini.

"Contohnya di Hospital Serdang, satu hari hampir 3,000 kenderaan parkir di sana. Begitu juga HTAR di Klang, serta Hospital Sungai Buloh dan sebagainya. Jadi konsep begini dapat memudahkan pengunjung yang datang ke hospital," katanya.

Sementara itu, pengarah syarikat Tago Carpark & Logistic Sdn Bhd, Mohamad Faiz Mohd Bashir yang membangunkan sistem parkir mekanikal itu, berkata inisiatif itu memendekkan tempoh masa pengguna meletakkan kenderaan di hospital.

"Berdasarkan maklum balas pengunjung, semua memuji dan mahu ia diteruskan kerana terbukti parkir mekanikal ini dapat memudahkan orang ramai, dan menyingkatkan masa pengguna yang sebelum ini terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mencari parkir," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bosch AA telah menjemput salah seorang pengedar sah lamanya, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, untuk…
Berita Domestik
  Perodua menyumbang kepada wad pediatrik sebuah pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah…