Edisi terhad Lexus RC F Enthusiast, Emotional Touring 2024 muncul di Jepun, 25 unit setiap satu

oleh Mohamad Hanif|
Lexus RC (Radical Coupe) merupakan model coupe dua pintu kompak eksekutif yang telah pun dilancarkan sejak dari tahun 2014 lagi, dan ia bakal memasuki tahun ke-10 pada tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak dapat dipastikan sama ada model ini bakal mendapat pengganti dalam masa terdekat, namun yang pasti di Jepun ia kini didatangkan dengan dua varian edisi terhad, iaitu RC F Enthusiast dan RC F Emotional Touring.

Kedua-dua model edisi terhad itu dibangun berdasarkan RC F yang dilengkapi Performance Package.
 

RC F


Nadi V8 2UR-GSE 5.0 liter itu tidak menampilkan sebarang peningkatan kuasa, bermakna ia masih lagi mampu menjana kuasa setinggi 467 hp dan 527 Nm.

Namun begitu, ia telah ditala semula untuk menawarkan operasi yang jauh lebih lancar, serta bunyi yang lebih beremosi.

Unit pembeza gelincir terhad (LSD) telah dilaraskan untuk menawarkan respons pecutan dan nyahpecutan yang lebih baik.
 

RC F


Membezakan antara kedua-dua model tersebut ialah kehadiran sayap kekal yang besar dan hud enjin gentian karbon untuk model Enthusiast, sementara model Emotional Touring pula mendapat spoiler belakang aktif dan hud enjin mengikut warna badan.

Selain itu, terdapat empat pilihan warna untuk model Enthusiast termasuklah White Nova Glass Flake, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake dan Titanium Carbide Gray, sementara Emotional Touring datang eksklusif dengan warna Titanium Carbide Gray.
 

RC F


Harga jualan RC F Enthusiast/Emotional Touring ini bermula dari 15 juta yen (RM476,903) di mana setiap satu model tersebut hanya akan dibina dalam 25 unit sahaja, dan pembeli akan dipilih menerusi cabutan loteri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lexus RC F   Kitaran hayat produk RC masih panjang selepas Lexus mengumumkan RC dan RC F yang…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jepun itu telah bekerjasama dengan Yamaha sekali…