Toyota, Yamaha bangunkan enjin hidrogen V8 444 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Hayat enjin tradisional nampaknya tidak akan tamat dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya bagi pihak Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jepun itu telah bekerjasama dengan Yamaha sekali lagi untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman bentangan V8 yang menggunakan suapan bahan api hidrogen!

Enjin V8 tersebut bukanlah enjin baharu, akan tetapi ia menggunakan asas daripada nadi 2UR-GSE yang digunakan pada Lexus RC F.

Dengan beberapa modifikasi yang telah dibuat, Yamaha mendakwa enjin V8 suapan hidrogen ini mampu menjana kuasa setinggi 444 hp @ 6,800 rpm dan daya kilas 540 Nm @ 3,600 rpm, sedikit rendah berbanding output asal 472 hp/536 Nm.
 

Yamaha


 

Menurut jurutera Yamaha, Takeshi Yamada menjelaskan enjin V8 hidrogen ini mempunyai karakter yang berbeza berbanding enjin konvensional.

"Enjin hidrogen lebih mudah untuk digunakan tanpa memerlukan bantuan pemanduan elektronik.

"Setiap orang yang memandu uji kereta prototaip berkuasa hidrogen pada mulanya skeptikal, akan tetapi muncul dengan senyuman lebar selepas selesai memandu uji.

"Saya percaya enjin V8 (hidrogen) ini mempunyai potensi yang cukup besar dengan karateristik yang unik, dan bukan sekadar pengganti kepada enjin dengan bahan api petrol.
 

Corolla


Menariknya, berdasarkan gambar yang dibekalkan, enjin baharu ini menampilkan konfigurasi laluan ekzos yang disambungkan kepada manifold ekzos muatan atas 8-1 yang didakwa oleh Yamaha 'mampu menghasilkan bunyi berfrekuensi tinggi yang tersendiri' (masih ingat sentuhan Yamaha pada Lexus LFA?)

Sebelum ini, Toyota telah pun memperlihatkan konsep GR Yaris H2 serta jentera lumba Corolla berkuasa hidrogen yang mengambil tempat di acara perlumbaan Super Taikyu Jepun.

Baca: GR Yaris H2

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak dapat dipastikan sama ada model ini bakal mendapat pengganti dalam masa terdekat, namun yang…
Berita Global
Lexus RC F   Kitaran hayat produk RC masih panjang selepas Lexus mengumumkan RC dan RC F yang…