Kitaran hayat produk RC masih panjang selepas Lexus mengumumkan RC dan RC F yang dipertingkatkan akan mula diedarkan ke bilik pameran di Jepun pada 9 Januari 2023.
Perubahan yang dibuat bermula dari penalaan sistem, suspensi dan sekecil bolt rim.
Ciri sama untuk Lexus RC dan RC F
- Bolt hub dengan washer bagi mengikat rim. Prestasi pengendalian ditingkatkan dengan mengukuhkan daya mengikat dan mengurangkan berat tidak berpegas (unsprung mass)
- Karakterisktik suspensi, Adaptive Variable Suspension (AVS) dan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dioptimumkan untuk menambah baik kestabilan stereng dan keselesaan pada kelajuan tinggi
Eksklusif untuk Lexus RC F
- Semakan semula pada keseimbangan ketegaran di antara bahagian depan dan belakang badan kereta
- Penambahbaikan pada julat kawalan mod D paddle shift
- Pakej ini menjadikan pemanduan lebih selesa
Rim Lexus RC dan RC F
- Rim ENKEI untuk RC F SPORT
- Rim BBS untuk RC F
Selain pengendalian dan penalaan, Lexus turut mengembangkan lagi fungsi Lexus Safety System +.
- Penambahbaikan pada prestasi kamera monokular dan radar gelombang milimeter
- Fungsi pengesanan penunggang basikal pada waktu siang, pejalan kaki pada waktu malam, kenderaan yang menghampiri dari arah depan sebelum membelok ke kanan di persimpangan dan membelok ke kanan atau kiri
- Fungsi pengesanan pejalan kaki melintas dari depan
- Bantuan stereng kecemasan
- Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)
- Kawalan jelajah radar dengan fungsi penjejakan kelajuan semua kenderaan
- Bantuan Pengesanan Isyarat Jalan
Perubahan bahagian dalam
Ciri sama untuk Lexus RC dan RC F
- Sistem multimedia dengan skrin sentuh
- Rekaan baharu pada bahagian atas panel instrumen
- Corong penyaman udara sisi bentuk bulat supaya seragam dengan meter, jam, butang penghidup enjin!
Eksklusif untuk Lexus RC F
- Brek parkir elektronik dengan fungsi penahanan brek
Harga dan varian Lexus RC dan RC F 2023
Lexus RC350
- Enjin 3.5L V6 2GR-FKS, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
- Pacuan belakang
- RC350: 6,629,000 yen (RM220,258.78)
- RC350 Version L: 7,141,000 yen (RM237,226.17)
- RC350 F SPORT: 7,352,000 yen (RM244,077.99)
Lexus RC300h (hibrid)
- Enjin 2.5L 2AR-FSE dan Lexus Hybrid Drive
- Pacuan belakang
- RC300h: 6,262,000 yen (RM207,858.90)
- RC300h Version L: 6,774,000 yen (RM224,889.83)
- RC300h F SPORT: 6,792,000 yen (RM225,487.41)
Lexus RC300
- Enjin 2.0L turbo 8AR-FTS, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
- Pacuan belakang
- RC300: 5,814,000 yen (RM193,166.78)
- RC300 Version L: 6,326,000 yen (RM210,205.56)
- RC300 F SPORT: 6,344,000 yen (RM210,803.68)
Lexus RC F
- Enjin 5.0L V8 2UR-GSE, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
- Pacuan belakang
- RC F: 10,580,000 yen (RM351,517.59)
- RC F Carbon exterior package: 11,380,000 yen (RM378,097.37)
- RC F Performance package: 14,550,000 yen (RM483,307.21)
Penulis: Muhammad Md Tajudin