Dunia boleh musnah seawal 2040 jika kita tidak bertukar ke kenderaan elektrik sekarang

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan terbaharu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menunjukan bahawa masalah dunia seperti kekurangan makanan, kebakaran hutan dan malapetaka lain akan berlaku dengan lebih kerap seawal 2040 jika dunia tidak berubah.

Menurut laporan Intergovernmental Panel on Cli,ate Change (IPCC) dari UN, jika kadar pelepasan gas rumah hijau (greenhouse emission) berterusan seperti sekarang, ruang atmosfera akan meningkat sebanyak 1.5-darjah Celsius lebih tinggi dari tahap pra industri pada tahun 2040.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia akan menyebabkan kawasan pesisir pantai tenggelam dan kekerapan musim kemarau serta kemiskinan akan meningkat.

Kajian sebelum ini yang dikongsi sewaktu Perjanjian Paris tahun 2015 hanya memberi fokus kepada keroskan yang berlaku jika berubahan suhu naik drastik ke angka yang lebih besar, 2-darjah Celsius. Ini ialah kerana pada masa itu, saintis beranggapan kerosakan besar hanya akan berlaku pada tahap setinggi itu.

 

 

Rupanya, kerosakan besar tetap akan berlaku walaupun suhu dunia naik setinggi 1.5-darjah Celsius sahaja.

Kajian seterusnya mendapati kenderaan elektrik EV perlu menggantikan kenderaan berenjin biasa seawal tahun 2035 jika dunia mahu bersedia dengan peningkatan suhu sebanyak 1.5-darjah Celsius itu.

UN mahukan semua negara meningkatkan usaha untuk mengubah sistem pengangkutan kepada EV sepenuhnya seawal mungkin.

Di Malaysia, penggunaan EV masih lagi kecil tetapi pihak kerajaan mahu menjadikan Projek Kereta Nasional Baharu ini sebagai rangsangan terhadap penggunaan kenderaan EV atau PHEV (Plug In HYbrid Electric Vehicle).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan…
Berita Global
Semasa COP27, Volvo Cars turut menyeru negara terlibat untuk meningkatkan tindakan mereka terhadap…
Berita Global
Menurut Jean Todt selaku Utusan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya berkata,…