PBB puji usaha Malaysia wajibkan ABS untuk motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuji usaha Malaysia untuk mewajibkan sistem brek anti-kunci (ABS) untuk motosikal baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Jean Todt selaku Utusan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya berkata, Malaysia telah menunjukkan contoh terbaik dalam usaha untuk membendung kadar kemalangan motosikal yang tinggi yang disifatkan sebagai punca utama kematian jalan raya di negara membangun.

Todt melahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan Malaysia itu semasa pertemuan dengan menteri pengangkutan Wee Ka Siong dan pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Wong Shaw Voon selepas mesyuarat peringkat tertinggi PBB mengenai keselamatan jalan raya minggu lalu.

"Apa jua perkara yang boleh membuatkan motosikal lebih selamat adalah amat digalakkan, dan sistem ABS ini, sekiranya ia berjaya mencapai apa-apa peratusan daripada kajian yang dilakukan adalah sangat bernilai," jelasnya lagi.

Namun, bekas ketua tertinggi Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) itu mengingatkan bahawa ciri ABS bukanlah salah satu ciri keselamatan muktamad untuk tunggangan motosikal.

"Ia tidak seharusnya bertindak sebagai pengganti kepada pemakaian topi keledar.

Beliau juga turut menyarankan pengeluar motosikal supaya mematuhi undang-undang keselamatan kenderaan di Malaysia.

"Kereta dari segi sejarahnya telah mempunyai ciri keselamatan terpenting - tali pinggang keledar, beg udara, ABS dan sebagainya. Pada akhirnya, tiada siapa pun yang mempertikaikan ciri-ciri ini selepas beberapa tahun.

"Apa yang perlu dipastikan adalah sistem piawaian yang sama digunakan pada kereta dan motosikal di negara membangun adalah sama dengan negara maju. Dan ini memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak pengeluar dan juga kerajaan.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebuah NGO bersekutu bagi keselamatan jalanraya, program yang dijalankan setiap dua tahun…
Informasi
  Tema tahun ini menekankan kepentingan mengurangkan had laju di jalan raya untuk mengelak…
Berita Domestik
Alston sebelum ini berkata kereta terbang tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia dengan…