Volvo Cars jadi ahli pengasas "Accelerating to Zero Coalition", seru tindakan terhadap perubahan iklim

oleh Penyumbang Rencana|
Pada minggu lepas, Volvo Cars telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai "Accelerating to Zero Coalition", yang dilancarkan pada Persidangan Perubahan Iklim (COP27) PBB bertempat di Sharm El Sheikh, Mesir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semasa COP27, Volvo Cars turut menyeru negara terlibat untuk meningkatkan tindakan mereka terhadap perubahan iklim dan menghadapi ancaman pemanasan global.

Gabungan itu terdiri daripada kumpulan besar pemegang kepentingan yang komited memudahkan dan meningkatkan kadar peralihan kepada mobiliti sifar emisi. Ia ditubuhkan berdasarkan Pengisytiharan Glasgow pada tahun lepas berkenaan Kenderaan Sifar Pelepasan di COP26.

Pihak yang terlibat komited untuk berusaha ke arah menjadikan 100 peratus jualan kereta dan van global bebas daripada pelepasan emisi menjelang 2040, dan tidak lewat daripada 2035 di pasaran terkemuka seperti Eropah, China, Jepun dan AS.

Pembentukan Gabungan itu bertujuan menangani keperluan platform antarabangsa bagi kepimpinan global untuk kenderaan sifar emisi (ZEV).

Melalui kerjasama rapat, ia dapat membantu mencipta keadaan yang sesuai untuk meningkatkan sifar pelepasan kereta dan van, termasuk melalui elektrifikasi armada korporat dan pembangunan infrastruktur pengecasan yang komprehensif.

Ketua Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan akan mengalu-alukan pembentukan dan pendekatan kolaboratifnya sebagai sebahagian daripada pelancaran Gabungan semasa COP27, dan menggalakkan lebih banyak pengeluar menandatangani Deklarasi dan sertai Gabungan.

Melalui cita-citanya untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030, Volvo Cars berhasrat untuk mempengaruhi kadar peralihan industri automotif kepada elektrifikasi penuh.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pelancaran EV andalan baharu Volvo Cars, iaitu Volvo EX90. Syarikat itu berhasrat melancarkan satu kereta elektrik baharu setiap tahun pada masa akan datang.

Setakat ini, hanya 29 daripada 194 negara telah mengambil tindakan selepas COP26, walaupun mereka berjanji untuk berbuat demikian di bawah Pakatan Iklim Glasgow.

Seruan itu menjelaskan bahawa 1.5 darjah pemanasan global adalah had, bukannya sasaran, dan tindakan negara yang menyeru itu amat penting jika dunia tidak mahu melebihi had.

Ketua kemampanan Volvo Cars, Anders Kärrberg berkata, "Kami mengiktiraf peranan penetapan harga karbon dalam membantu menangani perubahan iklim. Apabila mengumumkan harga karbon dalaman kami sebanyak 1,000 SEK untuk setiap tan karbon pelepasan pada COP26, kami menjadi pembuat kereta pertama yang melaksanakan mekanisme penetapan harga karbon global , meliputi pelepasan rantaian nilai yang lengkap."

"Dengan menyokong 'Call on Carbon', kami sekali lagi menunjukkan kesanggupan untuk menyumbang bagi menerajui seluruh industri automotif ke arah masa depan yang lebih mampan. Kita mesti bertindak segera menentang orientasi semula mekanisme kewangan untuk membantu kita kekal dalam had 1.5 darjah pemanasan global. Ini boleh menambah kestabilan untuk pelabur, serta menyokong keadilan peralihan bagi pekerja, petani, keluarga dan masyarakat yang akan terjejas sebagai hasil daripada perubahan tersebut.”

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…