DRL Myvi kini jadi sasaran pencuri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kes kecurian melibatkan komponen kereta atau motosikal bukanlah perkara baru di Malaysia, walau apa cara sekalipun, pencuri yang berleluasa masih menyusahkan hidup pemilik kenderaan yang menyasarkan jenama atau komponen tertentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook kelab Perodua Myvi 2022 Facelift oleh Fizi Zulkifli menunjukkan DRL pada Myvi miliknya telah dicuri.

Jika sebelum ini pencuri-pencuri menyasarkan komponen seperti bateri, rim, lampu depan dan belakang serta komponen dalaman, kini DRL dari Myvi facelift pula menjadi mangsa terbaru.

Dalam gambar yang dihantar oleh Fizi, kelihatan wayar bersama soket lampu DRL tersebut telah terjuntai keluar dari bumper, agak bernasib baik kerana pencuri tidak memotong wayar DRL tersebut.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Lampu DRL asalnya bukan dari jenis LED kerana ia bermula sebelum lampu LED itu wujud untuk…
Berita Global
Menurutnya, ia percaya keadaan ini terjadi kerana penggunaan lampu LED DRL sudah menjadi mandatori…