62 peratus pemandu UK pernah nampak kereta terlupa buka lampu utama

oleh HEZERI SAMSURI|

Pastinya anda pernah terlihat kenderaan yang dipandu di sebelah malam tanpa menghidupkan lampu utama.

Menurut sebuah syarikat kajian pasaran kenderaan di UK, Motoring Research, satu analisa terhadap 2,061 orang pemandu di sana mendapati 62 peratus dari mereka pernah melihat kenderaan yang dipandu sebelah malam tanpa lampu utama dibuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, ia percaya keadaan ini terjadi kerana penggunaan lampu LED DRL sudah menjadi mandatori di UK sejak Februari 2011 dan walaupun lampu tidak dibuka di sebelah malam, lampu DRL yang terang itu cukup untuk membuat pemandu menyangkakan mereka sudah pun membuka lampu utama.

 

 

Keadaan ini diburukan lagi dengan papan pemuka kenderaan sekarang yang sentiasa berlampu siang atau malam dan kenderaan yang tidak dipasang dengan suis lampu automatik.

Lampu LED DRL sebenarnya khusus untuk pemanduan sebelah siang kerana ia terlalu terang. Di sebelah malam, DRL itu antara dipadamkan terus atau dimalapkan sedikit, secara automatik.

Careta juga merasakan bahawa suis lampu automatik perlu diwajibkan di Malaysia kerana masalah yang sama turut melanda negara kita ini.

* Laporan asal dari Motoring Rearch. Klik pautan ini untuk membacanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook kelab Perodua Myvi 2022 Facelift oleh Fizi Zulkifli…
Informasi
Lampu DRL asalnya bukan dari jenis LED kerana ia bermula sebelum lampu LED itu wujud untuk…