Lampu DRL - bukan pasal nak melawa

oleh HEZERI SAMSURI|
Lampu Daytime Running Lights (DRL) memang sangat popular sekarang.

Ia sudah menjadi seperti barang kemas untuk kereta - dan hampir semua model kenderaan baharu di Malaysia datang dengan DRL.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lampu DRL asalnya bukan dari jenis LED kerana ia bermula sebelum lampu LED itu wujud untuk automotif.

Sejarah DRL bermula dalam tahun 70-an di mana ada pelbagai kajian yang menunjukan jika kenderaan itu menghidupkan lampunya di sebelah siang, ia lebih mudah dilihat oleh pengguna lain dan berjaya menurunkan jumlah kemalangan.

Antara negara yang pertama mewajibkan penggunaan DRL ialah Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Kanada kerana kadar cahaya yang lebih rendah di sana, walaupun di sebelah siang.

 

 

US pada awalnya mengharamkan penggunaan DRL tetapi akhirnya membenarkan penggunaan lampu tersebut.

UK juga pada mulanya tidak begitu memandang berat akan penggunaan DRL tetapi sejak tahun 2011, kesemua kenderaan baharu di UK perlu datang dengan DRL sebagai alatan standard.

Walaupun ada yang merungut kerana sesetengah DRL diletakkan di tempat yang tinggi dan menyilaukan mata (Hyundai di Malaysia pernah memasang DRL untuk Starex mereka di cermin sisi, dan ia sangat-sangat menyilaukan), sekarang ini lampu DRL sudah menjadi satu kewajipan di Malaysia walaupun akta pengangkutan tidak mewajibkan penggunaan DRL.

 

 

Ada juga syarikat kenderaan yang menjadikan DRL itu satu kerja seni - Volkswagen Group adalah contoh terbaik kerana DRL untuk produk mereka sangat garang dan agresif.

Dengan penggunaan lampu LED, bentuk DRL juga boleh dipelbagaikan dan kerana itu ia semakin menjadi barang kemas untuk sebuah kenderaan.

Untuk mereka yang mahu mencari lampu DRL "aftermarket", jenama Philips dan Osram adalah dua jenama popular kerana ia tahan lama, tidak mudah padam dan tidak menguning.

Sekarang ini, motosikal juga sudah hadir dengan DRL, menjadikan ia sebahagian dari rekabentuk kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Paten yang didaftarkan Skoda ini bukanlah bertujuan untuk menggantikan peranan tali pinggang…