Dongfeng Fearless M50 - kenderaan tentera versi jalanan dengan elemen Humvee dan Lamborghini LM002

oleh Mohamad Hanif|
GM pada ketika ini sudah pun membangkitkan kembali nama Hummer menjadi sebuah SUV dan trak pikap elektrik di bawah GMC, namun semangat Humvee yang asal sebenarnya masih lagi kekal, emmm di bawah nama yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Dongfeng Fearless M50, kenderaan militari yang dibangunkan oleh Dongfeng bersama AM General untuk kegunaan askar China, dan kini versi yang dihasilkan untuk kegunaan orang awam telah pun dilancarkan.

 


Sekali pandang, ia menampilkan rekaan yang terdapat pada model Humvee sebelum diberikan unsur-unsur Lamborghini LM002.

Dongfeng Fearless merupakan sebuah trak pikap kabin tunggal dua pintu dengan rekaan gril hadapan yang unik, unit lampu utama berbentuk bulat, serta rekaan badan bersegi.

 


Pengaruh Humvee lebih jelas kelihatan di bahagian dalam, di mana konsol tengah yang lebar itu memisahkan antara dua tempat duduk, dan susun atur butang kawalan sistem pendingin hawa dan unit radio 2DIN yang ringkas dan tidak memeningkan.

Fearless M50 ini dikuasakan oleh enjin diesel turbo 4.0 liter yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan daya kilas 600 Nm, dipadankan dengan transmisi manual.

 


Menurut Dongfeng, trak off-road ini mampu meredah air sedalam 1.2 meter, selain mampu beroperasi di kawasan setinggi 4,500 meter atas permukaan laut, dan julat suhu antara -35 hingga 41 darjah Celcius.

Harga jualan di China bermula dari CNY 668,000 (RM432,057) di mana Dongfeng bakal menawarkan beberapa varian Fearless M50 sebelum menggantikannya dengan generasi baharu M20.

Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak pun lama selepas kemunculan semula Hummer EV pada tahun lalu, GM telah pun mengesahkan…
Berita Global
  Ia bermula dalam tahun 1983 apabila AM General memenangi kontrak untuk membina kenderaan tentera…