Ini dia pengganti Humvee - Oskosh JLTV

oleh HEZERI SAMSURI|
Siapa tidak kenal Humvee.

Ia adalah kenderaan ikonik kepada negara US dan mempunyai sejarah yang menarik.

Nama Humvee itu sebenarnya berasal dari singkatan HMMWV, atau High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle. Diringkaskan, HMMWV menjadi Humvee.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia bermula dalam tahun 1983 apabila AM General memenangi kontrak untuk membina kenderaan tentera bagi menggantikan model Jeep yang lama. 

Maka lahirlah Humvee pertama khas untuk tentera, iaitu M998 Humvee.

 

 

Humvee semakin lama menjadi semakin terkenal dan apabila pelakon Arnold Swat.. Scwat ... Arnold SusahNakEja (Schwarzenegger) mula menggunakan sebuah unit sebagai kenderaan harian beliau.

Ia mejadi satu fenomena dan GM membina H2 (berdasarkan Hummer tentera dengan kerangka yang diubah sedikit) dan H3 (popular di Malaysia dikalangan ejen insurans yang berjaya, kecil kerana dibina di atas platform Isuzu D-Max yang diperkukuhkan) khas untuk orang awam.

 

 

Sejak tahun 1980-an, banyak perubahan berlaku. Contohnya, Rehana Yassin sudak tidak lagi berlakon dan Ramlah Ram tidak lagi memakai baju dengan bentuk hati berlampu lip-lap. 

Juga berubah ialah keadaan peperangan. Tentera US mengakui bahawa strategi peperangan sekarang sangat berlainan dari masa Humvee mula-mula diperkenalkan.

Sudah tidak ada lagi perang 1-lawan-1 di mana kedua-dua pihak berhadapan antara satu sama lain. Yang terjadi sekarang serang hendap, letupan bom kawalan jauh dan serangan bunuh-diri.

 

 

Humvee pula sekarang lebih digunakan untuk mengangkut pasukan di dalam kawasan selamat dan kerana ia besar dan lembab, ia adalah sasaran lazat untuk misi serang hendap pihak musuh.

Walaupun ada Humvee yang dipasang dengan lapisan kalis peluru, ia menjadikan beratnya naik dari 2.5 tan kepada lebih 6 tan.

Seperti manusia, berat yang melampau itu akhirnya memusnahkan segala kelebihan Humvee. Sistem gantungan menjadi kurang efektif, menjadikan penumpang semua mabuk darat. Ia juga tidak selasak selalu, enjin 6.5L V8 (petrol) atau enjin 6.2L V8 (turbo dan tanpa turbo diesel) itu sering rosak.

 

 

"Sudah tiba masanya kau pencen," ujar tentera Amerika.

Tentera US berkata Humvee perlu digantikan dengan sebuah kenderaan yang lebih pantas, lebih kuat dan tahan serangan senjata, dan ya, lebih pintar.

Dan inilah penggantinya, Oshkosh JLTV (Joint Light Tactical Vehicle), dari syarikat Oshkosh Defence, pembuat trak di Wisconsin, Amerika Syarikat.

 

 

Syarikat kecil itu memenangi kontrak tentera US bernilai US$6.75 billion untuk menggantikan Humvee kepada Oshkosh JLTV ini.

Menurut George Mansfield, Timbalan Presiden Oshkosh, JLTV ini boleh diibaratkan sebagai sebuah kereta perisa dengan pemanduan sebuah trak lumba Baja (contohnya, Ford F150 Raptor).

 

JLTV

 

Itu ialah sesuatu yang sukar kerana dalam spesifikasi paling rendah pun, JLTV ini mempunyai berat minima 6.3 tan.

Dalam spesifikasi tingginya pula, ia mempunyai perisai yang cukup untuk mendapat tahap keselamatan MRAP - Mine Resistent Ambush Protected. Ini bermakna JLTV ini diuji agar mampu melindungi penumpang di dalam bila sebuah periuk api meletup di bawahnya.

 

 

Sistem gantungan TAK-4i yang digunakan ialah sistem gantungan udara atau air-suspension. 

Untuk pemanduan normal, ia mempunyai jarak pergerakan 20 inci. Tidak begitu wow kerana ia sama seperti jarak pergerakan sistem gantungan pada Land Rover Discovery.

Namun begitu, ia boleh dinaikkan lagi sehingga membolehkan JLTV ini memanjat naik ke atas Discovery itu terus.

Dan ia juga boleh dimampatkan supaya JLTV ini menjadi rendah dan muat untuk masuk ke ruang kargo kapal terbang. Lebar masih selebar kereta kebal biasa.

 

 

Setiap penyerap hentak atau "shock absorber" pada JLTV ini dikuasakan oleh udara dan boleh dikawal secara individu.

Bayangkan jika JLTV berhenti di cerun bukit dengan satah condong 45-darjah - sistem gantungan udara TAK-4i ini mampu diubah mampatannya agar JLTV menjadi sebuah platform yang rata dan memudahkan ia melancarkan roket atau tembakan tepat.

 

tayar

 

Paling penting, sistem gantungan udara ini jauh lebih baik dari kereta biasa dan memberikan keselesaan pemanduan seperti sebuah Mercedes-Benz S-Class. 

Semua lubang dan bonggol dilalui dengan lancar, walaupun ia dipandu laju (halaju dibataskan kepada 113 kmsj, masih mampu menjadi mangsa AES di lokasi Exit Kajang di lebuhraya PLUS).

 

 

Walaupun ia mempunyai badan yang selebar kereta kebal dan setinggi bas, ruang kabin di dalam lebih sempit dari Ford Fiesta. Ini ialah kerana lapisan besi yang tebal dan kemudian dilapik lagi dengan lapisan pad bantal.

Enjin 6.6-liter V8 340hp dari Chevrolet digunakan, lengkap dengan transmisi 6-kelajuan automatik. 

 

 

JLTV boleh meredah air sedalam lima kaki dan paling penting, ia boleh jalan lebih 50 batu lebih jauh dari setangki Humvee lama dan jarak antara servis pula ialah 4,000 batu lebih jauh dari Humvee lama (jumlah sebenar tidak diberitahu).

Ini bermakna, JLTVZ ini akan menjimatkan duit kerajaan US sebanyak US$8.3 billion selama hayat JLTV ini.

Menarik bukan? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…