Diskriminasi terhadap pemandu, Grab Indonesia mungkin didenda Rp 25 billion

oleh Mohamad Hanif|
Komisi Pengawas Persaingan Usaha atau KPPU sedang menjadualkan proses pendengaran antara Grab Indonesia dan rakan niaganya PT Teknologi Pengangkutan Indonesia (TPI) atas alasan berlaku tidak adil terhadap para pemandunya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pesuruhjaya KPPU, Guntur Saragih berkata, mereka mengesyaki Grab telah melakukan diskriminasi dengan memberikan keutamaan kepada pemandu dari PT TPI. 

"Walaupun Grab sudah mempunyai pemandu tersendiri, PT TPI juga turut membekalkan khidmat pemandu untuk aplikasi tersebut," ujarnya. 

Langkah yang diambil oleh Grab Indonesia itu jelas melanggar prinsip perniagaan yang adil dan boleh dikenakan hukuman maksimum Rp 25 billion (RM7.36 juta) di bawah Pasal 14 dan Pasal 19 D Undang-undang Nomor 5 tahun 1999 tentang Larangan Praktek Monopoli dan Persaingan Usaha Tidak Sehat jika sabit kesalahan. 

Dalam satu kenyataan yang lain, Ketua Hal Ehwal Awam Grab Indonesia Tri Sukma mengatakan Grab Indonesia akan sentiasa hormat dan patuh kepada semua proses hukum yang dijalankan. 

Namun, Sukma menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melakukan diskriminasi terhadap para pemandunya baik yang berdaftar di bawah TPI ataupun tidak. 

Sumber: The Jakarta Post dan Tempo.co

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran projek perintis GrabCar Elektrik melibatkan kira-kira 50…
Berita Global
Program antara Hyundai dan Grab tersebut merupakan pencapaian baharu di dalam kolaborasi…