Grab Indonesia guna Hyundai Ioniq EV

oleh Mohamad Hanif|
Grab Indonesia dengan kerjasama Hyundai melancarkan barisan kenderaan seru-pandu Hyundai Ioniq EV yang akan beroperasi bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program antara Hyundai dan Grab tersebut merupakan pencapaian baharu di dalam kolaborasi pembangunan kenderaan elektrik yang diumumkan kira-kira setahun yang lalu. 

Di bawah perjanjian tersebut, Grab Indonesia akan mengoperasikan 20 unit Hyundai Ioniq EV sebagai sebahagian daripada barisan fleet Grab. 

Menurut Yoon Seok Choi selaku Presiden Pengarah PT Hyundai Motor Manufacturing Indonesia berkata, "kami komited untuk melaksanakan elektrifikasi barisan fleet Grab sejajar dengan Strategi 2025 dalam usaha uuntuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan kami.

November lalu, Hyundai telah melahirkan komitmennya di hadapan Presiden Indonesia Joko Widodo dalam usaha memperkuatkan lagi sektor automotif Indonesia serta meneroka peluang bagi menghasilkan kenderaan elektrik di negara tersebut. 

Dengan pelancaran Hyundai Ioniq EV sebagai kenderaan Grab, Hyundai akan meneliti data penggunaan kereta tersebut sebelum mempertimbangkan penjualannya di sana. 

Menurut Ridzki Kramadibrata, Pengarah Urusan Grab Indonesia berkata, syarikatnya mahu membangunkan sebuah ekosistem kenderaan elektrik serta mendefinisikan semula masa hadapan pasaran mobiliti bukan sahaja di Indonesia, malah di seluruh rantau Asia Tenggara. 

Grab pertama kali menggunakan kenderaan elektrik jenama Hyundai di Singapura dengan pelancaran sebanyak 200 unit Hyundai Kona EV pada awal tahun lalu. 

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran projek perintis GrabCar Elektrik melibatkan kira-kira 50…
Berita Global
Menurut Pesuruhjaya KPPU, Guntur Saragih berkata, mereka mengesyaki Grab telah melakukan…