Grab Indonesia lancar program perintis GrabCar Elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Disember tahun lalu, Grab telah mengumumkan projek kerjasama antara syarikat penyedia perkhidmatan seru pandu itu dengan Hyundai bagi mempersiapkan ekosistem EV di Indonesia.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran projek perintis GrabCar Elektrik melibatkan kira-kira 50 unit Hyundai Ioniq EV bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. 

Menurut presiden Grab Indonesia, Ridzki Kramadibrata berkata, "GrabCar Elektrik ini merupakan komitmen kami dalam menyokong ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.

"Dengan suntikan dana daripada Softbank sebanyak US$2 billion, kami mahu menjadi pemain industri yang aktif dalam menyediakan solusi pengangkutan  yang lebih hijau, serta memperkukuhkan hubungan bersama Hyundai," ujar beliau lagi.
 


Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta merupakan lokasi yang sangat strategik untuk menjalankan kajian serta memastikan projek perintis ini berjalan lancar. 

Ridzki turut menambah, terdapat penyelarasan kos tambang 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding kenderaan biasa, dan kos tambahan tersebut akan ditampung oleh pengguna.

Grab mensasarkan untuk melancarkan kira-kira 500 unit kenderaan elektrik di Indonesia menjelang akhir tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Program antara Hyundai dan Grab tersebut merupakan pencapaian baharu di dalam kolaborasi…
Berita Global
Menurut Pesuruhjaya KPPU, Guntur Saragih berkata, mereka mengesyaki Grab telah melakukan…